Sikap Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Di Universiti Teknikal
List of Authors
  • Tan Hua An

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di universiti teknikal. Kajian ini menggunakan borang soal selidik atas talian sebagai instrumen untuk mengumpul data.   Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Seramai 66 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Mandarin di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhan, responden menunjukkan motivasi integratif dan motivasi instrumental yang positif. Kedua-dua motivasi yang positif menghasilkan sikap dan persepsi yang positif terhadap bahasa Mandarin. Sikap dan persepsi yang positif mencetuskan minat dalam mempelajari bahasa Mandarin. Minat ini mendorongkan pelajar mengambil kursus bahasa Mandarin. Ini seterusnya memotivasikan mereka untuk menyambung pembelajaran bahasa Mandarin selepas tamat pembelajaran mereka. Sikap dan persepsi yang positif dalam kalangan pelajar harus diperkembangkan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Hal ini harus diberi perhatian yang sewajarnya agar penambahbaikan yang berterusan dapat diadakan untuk menyesuaikan dengan perkembangan dan trend semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing di institusi pengajian tinggi tempatan. Kajian ini diharap dapat memberi informasi kepada warga pendidik bahasa Mandarin untuk meningkatkan lagi kualiti sukatan kursus serta proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.


Reference
  • No Data Recorded