Pengaruh Infografik Kesihatan Melalui Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Terhadap Literasi Kesihatan Masyarakat Berkaitan COVID-19
List of Authors
  • Ismawati I

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • COVID-19 kini telah menjadi wabak serius yang menyerang banyak negara di seluruh dunia, termasuk negara Malaysia. Pelbagai platform media sosial telah digunakan sebagai medium penyebaran maklumat kesihatan yang tepat dan pantas. Objektif kajian ini bertujuan mengenalpasti elemen infografik kesihatan yang dapat menarik minat pengikut halaman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, mengkaji hubungan antara infografik kesihatan dengan tahap literasi kesihatan dan penilaian terhadap mesej & amalan, serta hubungan antara literasi kesihatan dengan faktor demografi responden. Kajian ini menggunakan kaedah Keratan Rentas melibatkan 420 orang responden yang terdiri daripada pengikut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bermula Julai 2020 sehingga Mei 2021. Pengumpulan data menggunakan instrumen borang soal selidik secara atas talian (google form) dan reka bentuk kajian secara kuantitatif. Analisis data deskriptif dan Inferensi Korelasi Pearson telah digunakan. Terdapat empat (4) bahagian dalam instrumen kajian yang dibina menggunakan Skala Likert pada nilai koefisien (r) Cronbach Alpha r=0.97 dan diproses menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian mendapati tahap literasi kesihatan pengikut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang adalah pada tahap interpretasi tinggi (min 3.65) diikuti infografik kesihatan yang dipaparkan (min 3.51). Terdapat hubungan yang sederhana bagi dua pembolehubah iaitu tahap literasi kesihatan dan infografik kesihatan yang dipaparkan (r=0.448 dan p<0.05) dan infografik kesihatan yang dipaparkan & faktor penilaian serta amalan yang dilakukan dalam kehidupan (r=0.530 dan p<0.05). Sebaliknya, terdapat hubungan yang sangat lemah antara tahap literasi kesihatan dan faktor pekerjaan dengan (r=-0.121, p<0.05). Kesimpulannya, infografik kesihatan yang dipaparkan di halaman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mempunyai elemen infografik yang baik dan pengikut halaman Facebook ini aktif mendapatkan maklumat kesihatan tentang COVID-19 di Facebook tersebut. Selain itu, infografik yang mempunyai elemen yang baik akan memberi kesan ke atas literasi kesihatan dan amalan pengikut di media sosial.


Reference
  • No Data Recorded