Pengalaman pelajar fakulti pendidikan UKM Bangi terhadap pembelajaran atas talian semasa pandemik Covid-19
List of Authors
  • Aimi Shatirah Mohamad Shukran , Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • pengalaman, pembelajaran atas talian, pandemik covid-19.

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman pembelajaran atas talian pelajar Fakulti Pendidikan UKM Bangi sepanjang pandemik covid-19 melanda negara. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dalam bentuk sesi temu bual secara bersemuka dan atas talian terhadap 4 orang responden. Analisis tentang penerimaan pelajar terhadap struktur dan bahan pembelajaran serta pengalaman pembelajaran atas talian sepanjang pandemik covid-19 telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar telah beradaptasi dengan kaedah pembelajaran baharu yang dijalankan walaupun tiada perubahan secara signifikan yang dirasai mereka melainkan faktor medium dan suasana yang dialami adalah berbeza. Selain itu, responden turut menyatakan bahawa terdapat beberapa kekangan dan permasalahan yang dihadapi sepanjang pembelajaran berubah kepada atas talian. Akses internet, ruang komunikasi, motivasi dan suasana pembelajaran yang kurang memuaskan adalah antara elemen-elemen kekurangan yang dinyatakan oleh pihak responden sepanjang pembelajaran atas talian. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap keadaan semasa pelajar dan struktur pembelajaran atas talian yang dijalankan sepanjang pandemik covid-19 melanda.

Reference
  • 1. Abdul Aziz, A.R., Shafie, A.A.H., Mohd Soffian Lee, U.H. & Raja Ashaari, R.N.S. 2020. Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(12): 16–30.

    2. Adnan, M. 2020. Online learning amid the COVID-19 pandemic: Students perspectives. Journal of Pedagogical Research 1(2): 45–51.

    3. Ashraf, A., Views, S., View, T., Shaharudin, A.A., Choong, C., Wai, W., Tumin, S.A., Amirul, M., Abu, R., Shaharudin, A.A., Institutions, H.E., Lumpur, K., Commons, C. & Cc, A. 2020. Considerations in the Reopening of Higher Education Institutions (July): 1–8.

    4. Aucoin, D. J. & Wright L. A. 2021. Student perceptions in online higher education toward faculty mentoring. E-Learning and Digital Media. Vol. 0(0) 1–17. DOI: 10.1177/20427530211022927

    5. Chung, E., Noor, N.M. & Vloreen Nity Mathew. 2020. Are you ready? an assessment of online learning readiness among university students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 9(1): 301–317. http://hrmars.com/index.php/pages/detail/publication-ethics.

    6. Ishak, A.A., Zuraina, A. & Ahmad, M. 2020. Pembelajaran atas Talian : Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan , Politeknik Seberang Perai , Pulau Pinang ( Online Learning : An overview of Readiness and Motivation among Diplom 2(4): 68–82.

    7. Jones, B. 2020. Developing Competencies for Emotional, Instrumental, and Informational Student Support During the COVID-19 Pandemic: A Human Relations/Human Resource Development Approach. Advances in Developing Human. Vol. 23(1) 41 –54. DOI: 10.1177/1523422320973287.

    8. Kamaludin, K., Chinna, K., Sundarasen, S., Khoshaim, H.B., Nurunnabi, M., Baloch, G.M., Sukayt, A. & Hossain, S.F.A. 2020. Coping with COVID-19 and movement control order (MCO): experiences of university students in Malaysia. Heliyon 6(11): e05339. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2020.e05339.

    9. Lederer, A.M., Hoban, M.T., Lipson, S.K., Zhou, S. & Eisenberg, D. 2020. More Than Inconvenienced: The Unique Needs of U.S. College Students During the COVID-19 Pandemic. Health Education and Behavior

    10. Mishra, L., Gupta, T. & Shree, A. 2020. Online teaching-learning in higher education during lockdown period of COVID-19 pandemic. International Journal of Educational Research Open 1(June): 100012. https://doi.org/10.1016/j.ijedro.2020.100012.

    11. Oyedotun, T.D. 2020. Sudden change of pedagogy in education driven by COVID-19: Perspectives and evaluation from a developing country. Research in Globalization 2(June): 100029. https://doi.org/10.1016/j.resglo.2020.100029.

    12. Pandit, D. & Agrawal, S. 2021. Exploring Challenges of Online Education in COVID Times. FIIB Business Review. 1–8. DOI: 10.1177/2319714520986254.

    13. Selvanathan, M., Hussin, N.A.M. & Azazi, N.A.N. 2020. Students learning experiences during COVID-19: Work from home period in Malaysian Higher Learning Institutions. Teaching Public Administration