Hubungan antara efikasi diri dan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah
List of Authors
  • Fauziah Ibrahim , Nazirah Hassan

Keyword
  • Efikasi diri, banduan, relaps, dadah, penjara

Abstract
  • Efikasi diri merupakan aspek penting dalam menentukan keyakinan dan kemampuan diri seseorang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah diri daripada terlibat semula dengan dadah. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap efikasi diri dalam kalangan banduan dadah dan (2) mengenalpasti hubungan antara efikasi diri dengan situasi berisiko tinggi relaps dalam kalangan banduan dadah. Kajian dijalankan secara tinjauan keratan-lintang dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Seramai 407 orang banduan yang terlibat dengan kes dadah dan sedang menjalani tahanan dan pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis dengan mengunakan ujian deskriptif dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati majoriti banduan yang sedang menjalani pemulihan dan tahanan di Penjara Malaysia menunjukkan efikasi diri pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson pula mendapati efikasi diri mempunyai hubungan yang signifikan dengan situasi berisiko tinggi relaps. Hasil kajian memberi implikasi kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam menambahbaik program-program rawatan dan pemulihan yang melibatkan aspek efikasi diri dalam kalangan banduan.

Reference
  • 1. Abdollahi, Z., Taghizadeh, F., Hamzehgardesh, Z., & Bahramzad, O. (2014). Relationship between addiction relapse and self-efficacy rates in injection drug users referred to Maintainance Theraphy Centre of Sari 1391, Glob J Health Sci, 6(3): 138-44.
    2. Atadokht A. Hajloo N, Karimi M., & Narimani M. (2015). The role of family espressed emotion and perceived social support in prediction addiction relapse. International Journal of High-Risk Behavior Addct, 4(1): 212-250.
    3. Arikunto, S. (2006). Prosedur Penelitian (Suatu Pendekatan Praktek). Jakarta: Rineka Cipta. Davis, M.I. & Jason L.A. (2005). Sex differences in social support and self-efficacy within a recovery community. Am J Community Psychol. 36(3-4): 259-74. Dolan, S. L., Martin, R. A. & Rohsenow, D. J. (2008). Self-efficacy for cocaine abstinence: pretreatment correlates and relationship to outcomes. Addiction Behavior. 33(5): 675-688.
    4. Fauziah Ibrahim & Naresh Kumar. (2009). The influence of Community on Relaps Addiction to drugs Use. Evidence from Malaysia. European Journal of Social Sciences,11(3): 471-476.
    5. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Nazirah Hassan, Wan Shahrazad Wan Sulaiman dan Mohammad Rahim Kamaluddin. (2019). Penilaian Model Situasi Berisiko Tinggi Relaps Terhadap Kelompok B40 Banduan Dadah. Laporan Akhir FRGS. Bangi: UKM.
    6. Hoeppner, B.B., Kelly, J. F., Urbanoski, K. A. & Slaymaker, V. (2011). Comparative utility of a single item vs multiple-item measure of self-efficacy inpredicting relapse among young adults. Journal Subtances Abuse Treat. 41(3): 305-312.
    7. Kadden, R. M. & Litt, M. D. (2011). The role of self-efficacy in the treatment of substances use disorders. Addiction Behaviour. 36(12): 1120-1126.
    8. Litt, M. D. & Kadden, R. M. (2015). Willpower versus “skillpower”. Examining how self-efficacy works in treatment for marijuana dependence. Psychological Addiction Behavior, 29(3): 532-540.
    9. McKay, J. R., Foltz, C., Leahy, P., Stephen, R., Orwin, R. G. & Crowley E. M. (2004). Step Down Continuing Care in the Treatment of Substance Abuse: Correlates of Participation and Outcome Effects. Eval Program Plan, 27(3): 321-31.
    10. Nashee, Q., Amjad N., Rafique, R. T., & Naz, A. (2014). Perceive Social Support and Relapse Proneness in Person in Substance Use Disorders. Journal of Addiction Research and Theraphy, 5(3): 111-120.
    11. Ramo, D. E., Anderson, K.G., Tate, S. R & Brown, S. A. (2005). Characteristics of relapse to substance use in comorbid adolescent. Addictive Behaviors, 30(9): 1811-1823.
    12. Reeve, J. M. (2005). Understanding Motivation and Emotion. Tehran: Editing Publishing.
    13. Roffman, R. A. & Stephens, R. S. (2005). Relapse prevention for cannabis abuse and dependence. In Marlatt, G.A.; Donovan, D.M., editors. Relapse prevention: Maintainance strategies in the treatment of addictive behaviors. New York: The Guildford Press. P. 179-207.
    14. Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Mohd Norahim Mohamed Sani & Nor Jana Saim. (2017). Tahap keyakinan diri bekas penagih dadah dalam pengawasan di Malaysia: Ke arah kepulihan menyeluruh. Jurnal Psikologi Malaysia 31(1): 29-39.
    15. Taylor, S.E., Welch, W.T., Kim, H. S., & Sherman, D. K. (2007). Cultural differences in the impact of social support on psychological and biological stress responses. Psychol Sci, 18(9): 831-837.
    16. Torrecillas, F. L., Torres Cobo, M. A., Delgado, P., & Ucles, I. R. (2015). Predictive capacity of self-efficacy in drug dependence and substance abuse treatment. Journal of Psychology and Clinical Psychiatry 2(3): 1-7.