Meneroka Penambahbaikan dalam Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Asas Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
List of Authors
Mohd Syazwan Zainal, Vasugi Ravi
Keyword
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Kemahiran Hidup Asas, Guru Pendidikan Khas
Abstract
Pengajaran Kemahiran Hidup Asas (KHA) dilaksanakan di sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam Malaysia. Ini merupakan langkah penting untuk memastikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MBPKMP) mendapat pendidikan holistik yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Tujuan kajian ini adalah mendapatkan dapatan tentang penambahbaikan yang diperlukan dalam pengajaran KHA. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan guru Pendidikan Khas yang mengajar di PPKI dalam daerah Jempol. Protokal temu bual digunakan sebagai instrumen kajian. Pengumpulan data digunakan adalah temu bual yang dijalaksanakan atas talian dengan mengunakan aplikasi “google meet”. Data yang dikumpul melalui temu bual dianalisi dengan menggunakan kaedah analisis tema dengan menggunakan aplikasi Atlas.ti. Enam dapatan yang diperolehi melalui hasil analisis adalah penambaikan elemen keselamatan, penambahbaikan elemen penjualan, pengurangan komponen KHA, keperluan bahan dan peralatan mengajar, penyediaan kursus atau latihan serta penambahan guru. Data dan dapatan kajian yang diperoleh dapat menjadi asas rujukan untuk merangka pendekatan yang lebih komprehensif dan sistematik berkaitan KHA.