Pembangunan industi halal: kajian perbandingan prosedur dan proses pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran dihadapi oleh Malaysia dan Thailand
List of Authors
  • Farihah Maisarah Sofian , Mohd Nor Shahizan Ali

Keyword
  • Industri halal, pensijilan halal, hub-halal, Malaysia, Thailand

Abstract
  • Industri dan pasaran produk halal di peringkat global semakin menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan selari dengan peningkatan jumlah umat Islam di dunia. Ini menyebabkan peningkatan permintaan terhadap produk seperti makanan, kosmetik, perubatan dan bahan gunaan halal. Berdasarkan kepada potensi ini, Malaysia dan Thailand telah mula mengorak langkah untuk menjadi negara hab halal dunia. Oleh itu, sudah pasti kedua-dua buah negara ini akan memastikan pensijilan halal mengikut konsep halalan thoyyiban yang bersifat komprehensif dan universal. Artikel ini bertujuan untuk membandingkan aspek prosedur dan proses protokol pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran yang dihadapi dalam usaha membangunkan industri halal di kedua-dua buah negara. Metod yang digunakan adalah menggunakan reka bentuk kualitatif yang merangkumi temubual bersemuka bersama pihak-pihak terlibat dan analisis dokumen daripada sumber jurnal, website dan internet. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa, walaupun mempunyai latar belakang agama, kependudukan dan sosio-ekonomi yang berbeza, kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Thailand masih berpegang kepada konsep halalan thoyyiban yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Dari segi proses dan prosedur, Malaysia menguruskan pensijilan halal mengikut skim yang berbeza manakala di Thailand hanya mengguna pakai satu proses untuk semua produk. Selain itu, di Malaysia, permohonan boleh dilakukan secara online, manakala Thailand masih menggunakan sistem manual. Dari segi cabaran yang dihadapi pula, kedua-dua negara menghadapi isu yang hampir sama iaitu i) tiada akta halal yang jelas, ii) aktiviti penyeludupan yang masih berleluasa, iii) ketidakmampuan pemasaran efisien, iv) kurangnya pemahaman orang awam dan, v) sikap degil peniaga dan pengusaha mematuhi prosedur.

Reference
  • 1. Abdullah, M. b., Syed Ager, S. N., Hamid, N. A., Wahab, N. A., Saidpudin, W., Miskam, S., Shahwahid, F. M., & Othman, N. (2015). War 10 Isu Dan Cabaran Pensijilan Halal: Satu Kajian Perbandingan Antara Malaysia Dan Thailand. World Academic and Research Congress 2015, 19.
    2. Arif, S. (2009). Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan Halal di Melaka Tengah: Satu Kajian Awal. MALIM, 26.
    3. Abdul Aziz Dahlan, et.al. (1997). Ensiklopedia Hukum Islam. (Jld. 2). Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Bahagian Pengurusan Halal (2016, April 23). 7th Halal Certification Bodies Convention 2016. Portal Rasmi JAKIM - 7th Halal Certification Bodies Convention 2016. Retrieved January 26, 2023, from https://www.islam.gov.my/.
    4. Battour, M. M., Ismail, M. N., & Battor, M. (2013). Toward a halal tourism market. Tourism Analysis, 15(4), 461-470.
    5. Buang, A. H., & Mahmod, Z. (2012). ISU DAN CABARAN BADAN PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA. Jurnal Syariah, 20, 18.
    6. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi 3.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Ghazali, M. A., & Md. Sawari, S. S. (2014). Amalan Standard Halal di Negara-Negara Asia Tenggara. Full Paper International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 1(1), 10.
    8. Ghazali, M. A., & Md. Sawari, S. S. (2015). Mengglobalisasikan Sistem Piawaian Standard Halal Malaysia di Peringkat Dunia. Sains Humanika, 5(3).
    9. Ghazali, M. A. l. I., & Md. Sawari, S. S. (2015). STANDARD PIAWAAIAN HALAL DI MALAYSIA MENURUT PERUNDANGAN, KELEBIHAN DAN KEKURANGAN. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 2(2), 6.
    10. Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar (2014). HalalanTayyiban dalam Kerangka Perundangan Malaysia. KANUN. 1:103-120 Hussin, F., Abdullah, N., Abdullah, H., & Maamor, S. (2013). Aktiviti Ekonomi Sempadan di Perairan Sg. Golok Rantau Panjang: Isu dan cabaran. PROSIDING PERKEM VIII, 1, 11.
    11. Idris, J., & Abdul Wahab, N. (2015). The Competitive Advantages of Sharia-Compliant Hotel Concept in Malaysia: SWOT Analysis. Retrieved from: http://www.kuis.edu.my/icomm/2nd/download/IC%20015.pdf.
    12. Jakim tidak pernah lantik perunding untuk sijil halal. (2019, November 4). Malaysiakini. https://m.malaysiakini.com/news/498680
    13. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014
    14. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Penemuan Utama Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia
    15. Koty, A. C. (2022, November 10). How to Obtain Halal Certification in Malaysia. ASEAN Briefing. Retrieved February 5, 2023, from https://www.aseanbriefing.com/news/how-to-obtain-halal-certification-in-malaysia/
    16. Mahani Abdul, (2014), Perception on Halal Food Certification in Hat Yai, Thailand, International Journal of Economics and Management, 8(1), pp178-194
    17. Mamat, M. Z., Musa, N. Z., & Hasbullah, M. (2017, August). Institutionalization of Halal Industry in Malaysia and Thailand: A Preliminary Study. 8. Medina. (2022, September 16). Thailand’s Islamic Economy. ASEAN Business News. Retrieved January 26, 2023, from https://www.aseanbriefing.com/news/thailands-islamic-economy-sourcing-and-consumer-market-opportunities/
    18. Mustafa, S. (2021, December 19). Limpahan Sungai Golok mudahkan kegiatan penyeludupan. Berita Harian. Retrieved February 7, 2023, from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/12/901588/limpahan-sungai-golok-mudahkan-kegiatan-penyeludupan.
    19. Negara, W.L. (2022) NGO Thailand salahkan produk halal punca barang mahal di 7-eleven, Utusan Malaysia. Available at: https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/09/ngo-thailand-salahkan-produk-halal-punca-barang-mahal-di-7-eleven/
    20. Nor ‘Adha Abdul Hamid, Syaripah Nazirah Syed Ager, Marliana Abdullah. et.al. 2015. Industri Makanan Halal Serantau: Kajian Di Malaysia Dan Indonesia. World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015)
    21. Peranan Jawatankuasa pusat islam Thailand Dalam Isu-Isu Kepenggunaan Halal di Thailand. Available at: https://www.researchgate.net/publication/287335813_Peranan_Jawatankuasa_Pusat_Islam_Thailand_Dalam_Isu-Isu_Kepenggunaan_Halal_Di_Thailand (Diakses lada February 6, 2023).
    22. Samori, Z., & Rahman, F. A. (2015). Establishing shariah compliant hotels in Malaysia: Identifying opportunities, exploring challenges. West East Journal of Social Sciences, 2(2), 95-108.
    23. Sazelin Arif, (2009), Keupayaan Pemasaran dalam Kalangan Pengusaha Kecil Makanan Halal di Melaka Tengah: Satu Kajian Awal, MALIM, Bil. 10, pp183-208
    24. Shafaki, R. E. (2022, August 29). State of the Global Islamic Economy Report 2022. Dinar Standard. https://www.dinarstandard.com/post/state-of-the-global-islamic-economy-report-2022
    25. Shafii, Z., Zubir, S. N., & Rahim, N. F. (2018). Halal Governance and Assurance: A Comparative Study Between Malaysia And Thailand. International Journal of Islamic Economics and Finance Research, 1(1), 11.
    26. Sijil halal palsu, dapur berlipas antara sebab restoran diarah tutup. (2019, January 28). Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sijil-halal-palsu-dapur-berlipas-antara-sebab-restoran-diarah-tutup-19716.
    27. Syed Ager, S. N. (2019). Cabaran Penguatkuasaan Undang-Undang Produk Halal Di Kawasan Sempadan Malaysia- Thailand: Satu Tinjauan. 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, 17.
    28. Syrett, L. (2022, January 7). Halal food industry challenged with fraudulent products and certification disputes. Salaam Gateway. Retrieved February 5, 2023, from https://www.salaamgateway.com/story/halal-food-industry-challenged-with-fraudulent-products-and-certification-disputes. The emergence of halal food industry in non-Muslim countries: A case study of Thailand. Available at: https://www.researchgate.net/publication/334910541_The_emergence_of_halal_food_industry_in_non_Muslim_countries_a_case_study_of_Thailand
    29. Waehama, W., Alam, M. M., Hayeemad, M., & Waehama, W. (2018). Challenges and Prospects of the Halal Hotel Industry in Muslim-majority and Muslim-minority Countries: The Case of Malaysia and Thailand. Journal of Halal Industry and Services, 1(1), 5.
    30. Zulkifli Hassan (2007). Undang-undang Produk Halal di Malaysia: Isu Penguatkuasaan Dan Pendakwaan. Konvensyen Kebangsaan Undang-undang: Isu Penguatkuasaan Dan Pendakwaan. 11-12 Ogos 2007.1- 21.
    Temubual
    31. Mohd Faizal Saaidin. (2022). Prosedur dan Protokol serta Cabaran Industri Halal Malaysia, Bangi. Temu bual, 17 Jun.
    32. Pakorn Priyakorn. (2022). The Obstacle of Halal Industry in Thailand, Bangkok. Temu bual, 13 September.
    33. Rosa Adrianne Anuar. (2022). Prosedur dan Protokol Pensijilan Halal Malaysia. Bangi. Temu bual, 18 Julai.