Wacana raja dan rakyat: pola komunikasi di media sosial
List of Authors
  • Mohamad Fauzi Sukimi , Siti Sarah Nurul Liyana Abu Hasan

Keyword
  • Wacana, raja, rakyat, pola komunikasi, media sosial

Abstract
  • Artikel ini mengupas bagaimana penggunaan media sosial sebagai media massa menghasilkan pertembungan tafsiran antara keterikatan feudalisme dan kebebasan demokrasi sekali gus mempengaruhi bentuk komunikasi antara raja dan rakyat. Dengan menggunakan teori culturalist, satu kajian kes pada laman media sosial milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilakukan bertujuan untuk mendiskripsi pola mesej dan simbolik yang dimuat naik oleh KDYMM Tunku Azizah dengan menggunakan pendekatan authority-defined, serta maklum balas masyarakat menerusi perspektif everyday-defined mereka. Data-data daripada media sosial dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif, iaitu, teknik emik dan etik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik pada isi kandungan berbentuk sosiopolitik, manakala komunikasi pada isi kandungan berbentuk sosioekonomi dan sosiobudaya adalah harmoni. Hasil kajian juga mendapati bahawa bentuk komunikasi di media sosial adalah komunikasi dua hala yang merangkumi komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Daripada segi emperikal, kajian menyumbang kepada penemuan bentuk baharu komunikasi antara kerabat diraja dan rakyat seiring dengan perubahan zaman. Kajian juga mengembangkan lagi teori culturalist apabila membuktikan bahawa penerima mesej bukan sahaja aktif dan mampu membina tafsiran sendiri, malah mampu mempengaruhi pemberi mesej. Kajian juga membuktikan kajian kualitatif analisis kandungan media sosial memberikan data lebih tulen kerana ia tidak dipengaruhi oleh pengkaji serta berlaku dalam persekitaran dan masa sebenar. Kajian ini juga mengisi kelompongan dalam wacana ilmu dengan menambah pandangan sosiologi media dalam timbunan kajian-kajian kesultanan Melayu.

Reference
  • 1. Abdul Rahman Idris, Salmah Jan Noor Muhammad, Zariat Abdul Rani & Nik Rafdah Nik Muhamad Affendi. (2019). Pelaksanaan wasiat sebagai medium menentukan kecemerlangan dan kejatuhan Kerajaan Samudera Pasai dalam Hikayat Raja Pasai. International Journal of the Malay World and Civilisation 7(2): 3-15.
    2. Ahmad Faezal. (2020). Langkah Sheraton. Kuala Lumpur: Patriots Publishing.
    3. Al-Ghabra, H. (2017). The Ethics of Representation: Muslim Women Reenacting and Resisting Whiteness. Disertasi Ph.D. University of Denver.
    4. Anon. (2011). PM announces repeal of ISA, three Emergency proclamations. The Star, 15 September: https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/09/15/pm-announces-repeal-of-isa-three-emergency-proclamations/ [11 Disember 2020].
    5. Anon. (2015). The passing of a people’s prince. The Sun Daily, 7 Disember: https://www.thesundaily.my/archive/1630372-LSARCH340898 [5 Jun 2021]
    6. Anon. (2015). Kemangkatan Putera Berjiwa Rakyat Begitu Dirasai Rakyat Johor. mStar, 6 Disember: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/12/06/kemangkatan-putera-berjiwa-rakyat [5 Jun 2021].
    7. Ardifa, M. F. & Yamin, H. N. M. (2020). The Construction of Meghan Markle’s Identity as a Biracial Woman in Media Reports. 10. Conference: International University Symposium on Humanities and Arts.
    8. Asmah Omar. (2004). Bahasa Diraja (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Assmann, A. (2011). Cultural Memory and Western Civilization: Functions, Media, Archives. New York: Cambridge University Press.
    10. Berry, J. W. (1990). Imposed etics, emics, derived etics: Their conceptual and operational status in cross-cultural psychology. Dlm. T, N. Headland, K. L. Pike, & M, Harris (Pnyt.). Emics And Etics: The Insider/Outsider Debate, hlm. 28-47. Newbury Park, CA: Sage.
    11. Cannadine, D. (1983). The Context, Performance and Meaningof Ritual: The British Monarchy and the ‘Invention of Tradition’. 1820–1977. Dlm: Eric Hobsbawm, Terence Ranger (pnyt): The Invention of Tradition, hlm 101-165. Cambridge: Cambridge University Press.
    12. Dionise, A. (2018). Communicating Royalty: A study of modern monarch’s online branding. Elon Journal of Undergraduate Research in Communications 9(2): 18-26.
    13. Entwistle, J. (2009). The Asethetic Economy of Fashion: Markets and Value in Clothing and Modelling. Oxford: Bloomsbury Academic.
    14. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Hashim Musa & Adi Yasran Abdul Aziz. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan Jawi. Jurnal Aswara 4(1): 159-176.
    16. Hazlin Ashiqah Ruslim, Mohd Faiz Mohd Noor, Jasmi Ezmeer Jamal & Hasnah Harun. (2020). Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
    17. Huber, E., Ragin, C. & Stephens, J.D. (1993). Social democracy, Christian democracy, constitutional structure, and the welfare state. American Journal of Sociology, 99(3):711–749.
    18. Marouan, B & Oughlane, E. L. (2020). The Moroccan monarchy and the construction of social representations. Contemporary Arab Affairs 13(3): 79–97.
    19. Mohammad Shoaib, Haneen. (2020). The Saudi monarchy @kingsalman leadership on virtual space. Journal of Theoretical and Applied Information Technology, 98(12): 2020-2045.
    20. Mohd Norizam Jamian, Mohd Yuszaidy Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah & Yusmilayati Yunos. (2017). Keadilan teras kepimpinan raja-raja Melayu: dari era tradisi ke kontemporari. Jurnal Melayu 16 (1):62-81.
    21. Plunkett, J. (2001). Of Hype and Type: The Media Making of Queen Victoria 1837-1845. Critical Survey, 13(2): 7–25.
    22. Plunkett, J. (2003). A Media Monarchy? Queen Victoria and the radical press 1837-1901. Media History, 9(1): 3-18.
    23. Ramlah Adam & Noormaizatul Akmar Ishak. (2014). Persepsi rakyat terhadap institusi Diraja: Satu Kajian Kes di Perlis dan Kedah. Prosiding Seminar Institusi Raja (SILRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, Universiti Malaysia Perlis, 12-13 Jun.
    24. Randell-Moon, H. (2017). Thieves like us: the British monarchy, celebrity, and settler colonialism. Celebrity Studies 8(3): 393-408.
    25. Repo, J. & Yrjölä, R. (2015). 'We're all princesses now': sex, class, and neoliberal governmentality in the rise of middle-class monarchy. European Journal of Cultural Studiea, 18(6): 741-760.
    26. Safar, H. M., Asiah, S., Gunaratne, S. A. (2000). Malaysia. Dlm. Gunaratne, Shelton A (Pnyt.). Handbook of the media in Asian, hlm. 317-349. New Delhi: Sage Publication.
    27. Shamrahayu A. Aziz. (2020). Apa itu darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu. Astro Awani, 23 Oktober: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-itu- darurat-ini-15-perkara-anda-perlu-tahu-264871 [13 Mei 2020]
    28. Shamsul Amri Baharuddin. (2013). Politics of Language and Language of Politics: Theory and practice of the 'Nation-of-Intent' as articulated in Malaysia. Conference: The Association of Asian Studies: San Diego, United State of America.
    29. Syed Husin Ali. (2014). Raja-raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? Stratergic Information and Research Development Centre: Petaling Jaya.
    30. Tee, Boon Chuan. 2010. Benarkah ‘Melayu’ bangsa Taoisme menurut pengertian adat raja-raja Melayu (1779M)? Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2(1): 165-176.
    31. Thomas, T. 2012. Is the security offences bill constitutional? The Malaysian Insider. Diperolehi daripada: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/is-the-security-offences-bill-constitutional-to mmy- thomas/ [20 Feb 2021]
    32. Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, Anisah Che Ngah, Mohamed Omar Din & Hanif Md Lateh. (2017). Raja-Raja Dalam Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Satu Kajian Sejarah Perundangan. Journal Of Nusantara Studies, 2(1): 27-39.
    33. Wan Amizah & Muhammad Adnan Pitchan. (2017). Media Baharu dan Institusi Raja di Malaysia.: Kes Penghinaan Raja-raja di Media Sosial. Jurnal Komunikasi Malaysia, 33(1): 406-422.
    34. Wardle, C. & West, E. (2004). The press as agents of nationalism in the queen’s golden jubilee: how British newspapers celebrated a media event. European Journal of Communication, 19(2):195–214.
    35. Weber, M. (1904). The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. London: George Allen & Unwin Ltd
    36. Widholm, A. & Becker, K. (2015). Celebrating with the celebrities: television in public space during two royal weddings. Celebrity Studies, 6(1): 6-22.
    37. Widlak, E., & Lloveras, G. J. (2017). Queen Sofia of Spain as the embodiment of traditionalist womanhood. Analysis of the gossip press coverage on the Queen from 2011 to 2014. Journal of Gender Studies, 26(5):487–501.
    38. Yessayan, Marial Tatios. (2015). Monarchical Nation Branding: Queen Rania’s Performance Of Modernity On Youtube. Celebrity Studies, 6(4): 430-442