Hubungan Persekitaran Zaman Pra dan Pasca Kemerdekaan Dengan Perkembangan Silat Melayu: Kajian Terhadap Seni Silat Cekak di Malaysia
List of Authors
  • Shukri Janudin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perkembangan ilmu persilatan Melayu sebelum dan pasca kemerdekaan di Malaysia sepanjang tahun 1940an hingga pertengahan era 1970an sering berhadapan dengan pelbagai krisis sosio-politik dan ekonomi serta ancaman keselamatan berterusan dari dalam dan luar negara yang menyebabkan berlaku ketidakstabilan dalam sistem pemerintahan dan pembangunan negara. Keadaan ini turut mempengaruhi perkembangan awal ilmu persilatan Silat Cekak di sepanjang tempoh-tempoh tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah analisa dokumen serta penyelidikan temubual bersemuka bagi menghuraikan beberapa fenomena semasa yang sering mempengaruhi persepsi masyarakat Melayu dan perkembangan ilmu persilatan sepanjang zaman tersebut. Kertas kerja ini cuba membuktikan bahawa terdapatnya peranan pengasas ilmu persilatan ini dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang merupakan salah sebuah pertubuhan ilmu persilatan Melayu yang turut menyumbang kepada perkembangan seni silat, pembangunan masyarakat serta negara sepanjang era tersebut. Kajian perintis ini boleh dijadikan rujukan awal kepada kajian-kajian seumpamanya pada masa hadapan dengan memperincikan bentuk ancaman, fenomena serta permasalahan yang terjadi sepanjang tempoh pra dan pasca kemerdekaan yang banyak mempengaruhi perkembangan seni silat Melayu di negara ini.


Reference
  • No Data Recorded