Gaya kepimpinan guru besar, stress dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah
List of Authors
  • Betty James , Saleh Amat

Keyword
  • Gaya kepimpinan, Stress, Kepuasan Kerja, Guru

Abstract
  • Perubahan yang berlaku dalam arena pendidikan menuntut kecekapan guru terutamanya dalam menangani isu stress bagi memastikan kepuasan kerja guru terjamin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan guru besar, tahap stress, tahap kepuasan kerja dan melihat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada guru sekolah rendah di Kawasan luar bandar dan pedalaman di daerah Kinabatangan. Kaedah persampelan rawak digunakan dan seramai 242 orang responden terlibat sebagai sampel kajian. Intrumen kajian adalah dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai serta analisis korelasi Spearman melalui perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian mendapati bahawa, gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh guru besar adalah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan (M=3.68, SP=0.80. Dapatan juga menunjukkan tahap stress guru berada pada tahap yang rendah (M=3.69, SP=1.08) dan kepuasan kerja berada pada tahap yang tinggi (M=3.89, SP=1.08). Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara tahap stress dan kepuasan kerja guru (r=0.59, p<0.01). Oleh itu, pihak yang berkaitan boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk memastikan guru mampu menangani stress dan mengekalkan tahap kepuasan kerja yang tinggi agar produktiviti dan prestasi kerja dapat ditingkatkan.

Reference
  • 1. Abdul Gofur. (2018) Pengaruh stres kerja terhadap kepuasan kerja pegawai. Jurnal Riset Manajemen dan Bisnis (JRMB) Fakultas Ekonomi UNIAT, 3, 295-304.

    2. Abdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam. (2010). Hubungan Iklmim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Journal of Techno-Social. 2(2):69-81.

    3. Abd. Samad, R.S., & Gooi, A.W.(2005). Hubungan antara iklim sekolah dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya 25.163-178.

    4. Amalina Razali & Azita Ali. (2016). Faktor–Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Stres Guru Pendidikan Khas. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1).

    5. Azizi Yahaya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya & Lim Ting Theng. (2011). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan di Sekolah Cemerlang. Journal of Educational Management 1: 48–70.

    6. Azlina Mohd Kosnin & Tan Sew Lee. (2008). Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stres Kerja Guru. Jurnal Teknologi, 48(E):33-47.

    7. Baharin Abu & Mariam Aziz. (2010). Stress Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai 1–7.

    8. Bardford. (1981). Supervision and Teachers. Syracuse Universiti: Mc Cuthan Publishing Co.

    9. Brewer, E. and Landers, J. M. (2003). The Relationship Between Job Stress and Job Satisfaction Among Industrial and Technical Teacher Educators. E-Journals JVER, 28(2): 37-50.

    10. Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). New York, USA: Routledge Taylor & Francis Group.

    11. Cox, T. (1980). The Nature and Measurement of Stress. Ergonomics. Vol. 28.

    12. Dunham, J (1992). Stress in Teaching. 2nd ed. Routledge : London dan New York.

    13. Fleishman, E.A. & Harris, E.F.(1969). Patterns of Leadership Behavior Related to Employee Grievances and Turnover. Dalam e. A. Gibb. Leadership. Selected Readings. Middlesex: Penguin Books.

    14. Goetsch, D.L., & Davis, S.B. (2003). Quality Management: Introduction to Total Quality Management for Production, Processing, and Service. New Jersey: Prentice Hall.

    15. House,. R.J & Mitchell. T.R. (1974). Path Goal Theory and Leadership.

    16. Ishak Mad Shah. (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Jilid II..Skudai.Universiti Teknologi Malaysia.

    17. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational dan Psychological Measurement, 30. 607-610.

    18. Kyriacou, C. (1987). Teacher’s Stress and Burnout: An International Review. Educational Research. 29 (2): 146 – 152.

    19. Leila, G. (2002). Stres dan kepuasan kerja. Jurnal USU Digital Library.

    20. Lia Indah, A. & Ruslin Bin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang.

    21. Ma, X., & McMillan, R. B. (1999). Influences of workplace conditions on teachers' job satisfaction. Journal of Educational Research, 93(1), 39–48.

    22. Mazlina Sulaiman. (2013). Hubungan Tekanan Kerja Dengan Komitmen Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Di Empat Buah Sekolah Rendah Daerah Pontian. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    23. Mohd Fadhli Mohd Fauzi, Fadzrul Hafiz Johani, Ong Aik Liang, Natrah Rani & Faiz Daud. (2019). Hubungan antara Persepsi Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja dan Stres Pekerjaan Pekerja (Relationship between Perception on Leadership Styles in Workplace and Occupational Stress amon 89(3): 63–74. doi:10.17576/akad-2019-8903-06.

    24. Mohd Shukri Bin Md Jaafar. (2010). Stress Guru Dengan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Kebangsaan di Kulim. Universiti Utara Malaysia.

    25. Nor Mohamad Zulhairi Ismail, Jamalul Lail Abdul Wahab & Ruzita Md Hassan. (2016). Kepuasan Kerja Guru dan Perbezaannya Berdasarkan Pencapaian Sekolah. Jurnal Personalia Pelajar. 19(1): 49-54.

    26. Nurasfiza Binti Amir. (2018). Hubungan Di Antara Gaya Kepimpinan Dan Tekanan Peranan Di Pusat Rangkaian Operasi (Noc) Telekom Malaysia, Cyberjaya.

    27. Nurlaili Abd Wahab & Mohd Yusof Abdullah. (2018). Hubungan Gaya Kepimpinan Dan Pengurusan Kerja Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi 8,136–150.

    28. Quaglia, R., & Marion, S. (1991). The relationship of teacher satisfaction to perceptions of school organization, teacher empowerment, work conditions, and community status. Education, 112(2), 206–222.

    29. Raja Maria Diana bt Raja Ali. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja ( Stres ) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. Master of Education. Open University Malaya.

    30. Robbins. S.P. (2000). Essential at Organisational. New Jersey: Prentice Hall.

    31. Robbins, S. P. (2008). Perilaku Organisasi, Edisi Ke Delapan. Jilid 1 & 2. Jakarta: PT. Prihalindo.

    32. Rozi Mohamad, Abd Latif Kassim, Sofia Zakaria & Faezah Mohd Nasir. (2016). Komitmen Guru Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Harian Berprestasi Tinggi Dan Berprestasi Rendah Di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Proceeding of ICECRS, International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia.

    33. Salvendry, G. & Smith, M.J. (1981). Machine pacing and occupational stress. London:Taylor dan Francis Ltd.

    34. Syed Kamaruzaman, Mohd Faithal Haji Hassan & Habib Mat Som. (2017). Tekanan dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Pendidikan Jasmani. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) 1(1): 122–135

    35. Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan. (2017). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 1-11.

    36. Tengku Mastura dan Noraime (2006). Stres Di Kalangan Guru: Satu Kajian Ke Atas Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.