Amalan kepimpinan merupakan suatu amalan yang diperlukan dalam mentadbir dan menguruskan sekolah. Dalam era revolusi industri keempat telah menunjukkan bahawa pelbagai amalan kepimpinan yang dimainkan oleh pengetua dalam menjalankan tanggungjawab mereka di sekolah. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan mengenai hubungan amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kajian terdahulu mendapati bahawa kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap tinggi dan keberkesanan pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, kolerasi pemboleh ubah kepimpinan instruksional pengetua dengan keberkesanan pengajaran guru menunjukkan hubungan yang signifikan. Selain itu, kertas konsep ini juga mengemukakan teori dan model tentang pemboleh ubah kajian. Pada masa yang sama, kertas konsep ini turut mengutarakan beberapa cadangan dalam usaha penambahbaikan amalan kepimpinan dan keberkesan pengajaran guru. Oleh itu, diharapkan kertas konsep ini dapat memberikan maklumat kepada pengetua dan guru-guru dalam meningkatkan kepimpinan serta keberkesanan pengajaran di sekolah. Kesimpulannya, pengetua bertanggungjawab terhadap amalan kepimpinan yang mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerana ianya secara tidak langsung akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.