Hubungan aspirasi Belia Melayu terhadap penglibatan belia dalam politik di kawasan pinggir Bandar Terengganu
List of Authors
  • Azrie Azeh , Marzudi Md Yunus

Keyword
  • Belia, pinggir bandar, aspirasi belia, politik dan pemimpin

Abstract
  • Belia ialah aset dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Mereka menjadi penentu kepada kemajuan negara. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk memahami kehendak dan aspirasi belia terhadap pemimpin negara dan hubung kaitnya dengan penglibatan politik mereka. Dalam kajian ini, kekuatan hubungan aspirasi belia dalam mendorong keterlibatan mereka dalam politik akan dinilai. Kaedah kuantitatif melalui soal-selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 455 orang responden berusia dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 39 tahun, daripada pelbagai latar belakang. Lokasi kajian ini ialah di daerah Marang, Terengganu. Analisis frekuensi kajian ini mendapati, aspirasi belia kepada kerajaan sangat tinggi, dan kecenderungan politik mereka pula sangat positif. Korelasi antara aspirasi belia dengan penglibatan politik mereka adalah signifikan dan positif, dengan nilai .513**, iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa, parti-parti yang bertanding dan mengutamakan aspirasi belia akan lebih diutamakan oleh golongan belia untuk diundi. Sebaliknya, parti-parti yang gagal memenuhi aspirasi golongan belia akan ditolak oleh golongan belia. Kegagalan memenuhi aspirasi belia turut menjadi faktor kekalahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia selama 60 tahun. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini, golongan belia akan menolak parti yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan mereka akan menyokong parti-parti dan pemimpin yang dipercayai akan memenuhi aspirasi mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, wujud faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pembabitan politik golongan belia, terutama sekali di kawasan pinggir bandar. Oleh itu, satu kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan dalam penyelidikan akan datang.

Reference
  • 1. Abdul Hadi Samsi, Amaludin Ab Rahman, & Ku Hasnita Ku Samsu. (2013). Persepsi belia terhadap parti politik dan tahap penglibatan politik di selangor abdul hadi samsi, amaludin ab. rahman & ku hasnita ku samsu. Malaysian Journal of Youth Studies, 9, 107–120.
    2. Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang, & Jamil Ahmad. (2016). Aspirasi dan kecenderungan belia terhadap kepimpinan politik Malaysia. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 14, 1–28.
    3. Aichholzer, J., & Willmann, J. (2020). Desired personality traits in politicians: Similar to me but more of a leader. Journal of Research in Personality, 88, 103990. https://doi.org/10.1016/j.jrp.2020.103990
    4. Akrong, R., & Hundie, B. (2022). Heliyon Economic analysis of youth participation in agripreneurship in Benin. Heliyon, 8(November 2021), e08738. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2022.e08738
    5. Ali, R., Asadi, S., Nilashi, M., Minaei-bidgoli, B., Khan, F., Samad, S., Mohd, S., & Ibrahim, O. (2021). Technology in Society The impact of coronavirus pandemic (COVID-19) on education: The role of virtual and remote laboratories in education. Technology in Society, 67(September), 101728. https://doi.org/10.1016/j.techsoc.2021.101728
    6. Avril Keating, & Gabriella Melis. (2017). Social media and youth political engagement: Preaching to the converted or providing a new voice for youth? The British Journal of Political and International Relations, 19(4), 877–894. https://doi.org/10.1177/1369148117718461
    7. Axia D. Marchand, Michael Frisby, Maura R. Kraemer, Channing J. Mathews, Matthew A. Diemer, & Adam M.Voight. (2021). Sociopolitical Participation Among Marginalized Youth: Do Political Identification and Ideology Matter? Journal of Youth Develeopment, 16(5), 41–63. https://doi.org/10.5195/jyd.2021.1089
    8. Azman Mahadi, Mohd Fuad Mat Jali, & Junaidi Awang Besar. (2016). Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 126–137.
    9. Balqis Farahana Ismayuddin, & Junaidi Awang besar. (2022). Pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan Dun Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 6(4), 1–20.
    10. Barford, A., Coombe, R., & Proefke, R. (2021). Against the odds: young people’s high aspirations and societal contributions amid a decent work shortage. Geoforum, 121, 162–172. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.geoforum.2021.02.011
    11. Brady, B., Chaskin, R. J., & Mcgregor, C. (2020). Children and Youth Services Review Promoting civic and political engagement among marginalized urban youth in three cities: Strategies and challenges. Children and Youth Services Review, 116(June), 105184. https://doi.org/10.1016/j.childyouth.2020.105184
    12. Farthing, R. (2010). The politics of youthful antipolitics: representing the ‘issue’ of youth participation in politics. Journal of Youth Studies, 13(2), 181–195. https://doi.org/10.1080/13676260903233696
    13. Junaidi Awang Besar. (2021). Geopolitik negeri Terengganu dalam Pru-14, PRU-14 dan Pasca PRU-14. E-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 18(5), 91–108.
    14. Junaidi Awang Besar, Nur Ellyanis Mohd Basori, & Mohd Syukri Zainuddin. (2020). Pola sokongan belia Melayu dalam PRU-14 di beberapa DUN terpilih dalam negeri kedah. Geografia OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space, 4(4), 150–163.
    15. Keating, A., & Melis, G. (2017). Social media and youth political engagement: Preaching to the converted or providing a new voice for youth ? https://doi.org/10.1177/1369148117718461
    16. Kitanova, M. (2020). Youth political participation in the EU: evidence from a cross-national analysis Youth political participation in the EU: evidence from a. Journal of Youth Studies, 23(7), 819–836. https://doi.org/10.1080/13676261.2019.1636951
    17. Malafaia, C., Neves, T., & Menezes, I. (2021). The Gap Between Youth and Politics: Youngsters Outside the Regular School System Assessing the Conditions for Be (com) ing Political Subjects. Y, 29(5), 437455. https://doi.org/10.1177/1103308820987996
    18. Marshelayanti Mohamad Razali, Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin, & Wan Asna Wan Mohd Nor. (2016). Penglibatan Politik Belia : Satu Analisis Penyertaan Konvensional di Malaysia Youth Political Participation : An Analysis of Conventional Investments in Malaysia. Jurnal Persepektif, 8(2), 70–78.
    19. Marzudi Md Yunus, Azrie Azeh, & Rohaidah Haron. (2022). Memperkasa aspirasi ekonomi dan gaya belia Melayu : Faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15. Geografia OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space, 8(3), 200–215. https://doi.org/https://doi.ord/10.17576/geo-2022-1803-13
    20. Mohammed, A., & Ferraris, A. (2021). Factors influencing user participation in social media: Evidence from twitter usage during COVID-19 pandemic in Saudi Arabia. Technology in Society, 66, 101651. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.techsoc.2021.101651
    21. Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Nor Azlili Hassan, & Mohd Sabri Md Nor. (2020). Perkembangan Politik Era Malaysia Baharu: Pandangan Eksklusif Belia Terpelajar (Political Development in New Malaysia Era: An Exclusive View of Educated Youth). Akademika, 90(1 (SI)), 161–174. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK1-12
    22. Mohd. Fauzi Fadzil, Ismi Arif Ismail, & Steven Eric Krauss. (2022). Malaysian youth political participation. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 1(14), 146–156. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v12-i14/15820
    23. Mohd Fuad Mat Jali, & Junaidi Awang Besar. (2012). Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor. E-Bangi: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 7(1), 50–63.
    24. Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Abdul Halim Sidek, & Noor Aziah Hj. Mohd Awal. (2011). Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 7, 105–115.
    25. Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Mohd Awall, Abdul Halim Sidek, & Khaidzir Ismail. (2009). Minat, Aspirasi dan Sokongan Politik Belia IPT Malaysia. Malaysia Journal of Youth Studies, 1, 71–84. http://www.elsevier.com/locate/scp
    26. Mohd Mahadee Ismail, Nor Azlili Hassan, Azlina Abdullah, Hairol Anuar Mak Din, Marzudi Md Yunus, & Mansor Mohd Noor. (2021). Dimensions of National Ethos among Educated Youths in Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 29(3), 1783–1808. https://doi.org/https://doi.org/10.47836/pjssh.29.3.17
    27. Nur Ellyanis Mohd Basori, & Junaidi Awang Besar. (2020). Politik Belia Dan Pilihan Raya Umum KE-14 Di Malaysia. E-Bangi, Vol. 17(No.7), 49–65. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/41589/10813
    28. Nursyahida Zulkifli, Siti Khadijah Omar, Nor Farizah Johari, Muhammad Syafiq Hassan, & Mohamad Rahimi Mohamad Rosman. (2022). Pengaruh media baru dan penglibatan politik belia. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 63–77.
    29. Sturgis, P., & Jennings, W. (2020). Was there a ‘Youthquake’ in the 2017 general election? Electoral Studies, 64(August 2019), 102065. https://doi.org/10.1016/j.electstud.2019.102065
    30. Ramli Dollah, Nordin Sakke, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Marja Azlima Omar, & Adi Jafar. (2018). Peranan belia dan PRU-14 di Sabah: Kajian kes di P.188 Silam (The role of youth and GE-14 in Sabah: Case Study in P.188 Silam). Jurnal Kinabalu Edisi Khas, 319–349.
    31. Wang, T. Y. (2019). Generations, political attitudes and voting behavior in Taiwan and Hong Kong. Electoral Studies, 58, 80–83. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.electstud.2018.12.007
    32. Yeung, J. W. K. (2022). The academic aspiration of immigrant youths and their college graduation in young adulthood: A multilevel analysis of individual and contextual carry-over effects. International Journal of Educational Research, 111, 101888. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.ijer.2021.101888
    33. Zalinah Ahmad, & Zawiyah Mohd Zain. (2021). International Journal of Media and Communication Research (IJMCR). International Journal of Media and Communication Research (IJMCR), 2(1), 11–22