Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor utama kepada kejayaan di kalangan usahawan wanita dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Pada masa kini, PKS merupakan sektor yang paling utama dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara dan ini memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat sama ada perniagaan secara bersemuka atau atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 50 orang responden yang dipilih secara rawak berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati faktor utama dalam menyumbangkan kejayaan usahawan wanita adalah faktor kemahiran mengurus berbanding faktor bantuan kerajaan dan faktor dorongan keluarga. Kajian ini merumuskan bahawa kejayaan usahawan wanita di Pasir Puteh Kelantan adalah kerana mempunyai kemahiran di dalam menguruskan perniagaan dan disokong oleh faktor dorongan keluarga serta bantuan dari pihak kerajaan.