Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti Amalan Pendekatan Pedagogi Terbeza dengan Penguasaan Kemahiran Berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah di Sarawak. Kajian kuantitatif melibatkan seramai 100 responden dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah di Sarawak. Kajian ini selaras dengan teori berkaitan Tomlinson et al., 1999; Thorndike dan Skinner, 1980; Bruner dan Piaget, 1934; dan Robert Glaser, 1962 sebagai asas kerangka kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferens bagi menguji hipotesis kajian pada aras kesignifikanan p<0.05. Dapatan kajian deskriptif analisis min mengenal pasti tahap variable, mendapati kedua-dua variable Amalan Pedagogi Terbeza dan Pengusaan Berbahasa murid menujukkan tahap yang tinggi. Manakala, keputusan ujian inferensi menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan Amalan Pedagogi Terbeza berdasarkan jantina. Seterusnya, terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara Amalan Pedagogi Terbeza dan Pengusaan Berbahasa murid. Melalui ujian Pearson Correlation, dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara Amalan Pedagogi Terbeza dengan Penguasan Berbahasa murid (r=.447, p<.05). Secara keseluruhannya diharap dapatan kajian ini dijadikan sebagai indikator melestarikan pedagogi terbeza berdasarkan gagasan dimensi yang dicadangkan dalam kerangka kajian. Ianya merupakan mekanisme intervensi dalam usaha mentransformasi pedagogi guru selaras dengan naratif baharu pendidikan dan pembelajaran alaf baru.