Pengurusan Penjara Negeri-Negeri Selat (1870-1915): Analisa Masalah Segregasi Banduan Dan Kaedah Mengatasinya
List of Authors

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dibentuk British pada tahun 1826 mengalami perkembangan ekonomi yang memberangsangkan mulai suku kedua abad ke18. Perkembangan ini mencetuskan kesan sosial yang besar sekaligus melibatkan perkembangan institusi tempatan seperti penjara. Keperluan Penjara NNS tidak sekadar dipandang dari sudut keselamatan mahupun dijadikan sangkar hukuman, namun apa yang lebih utama adalah banduan menjadi tenaga buruh untuk memenuhi permintaan dalam pembangunan sosioekonomi NNS. Walaubagaimanapun, pertengahan abad ke 19, penjara NNS yang menggalas peranan melaksana hukuman berdepan pelbagai masalah disebabkan ketiadaan segregasi dalam sistem pengurusan penjara. Berdasarkan isu dan permasalahan yang wujud, kajian ini menganalisis tahap pengurusan segregasi banduan dan melihat isu-isu pengurusan segregasi serta kaedah-kaedah mengatasinya dalam tempoh 1826–1900. Fokus dihalakan kepada isu-isu pengurusan segregasi yang menjejaskan pelaksanaan sistem segregasi. Seterusnya, perbincangan menumpukan kepada kaedah mengatasi yang diambil untuk memastikan usaha mewujudkan pengasingan berjalan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, untuk itu sebahagian besar sumber yang digunakan diperolehi dari sumber-sumber primer diperolehi dari Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur seperti Pejabat Tanah Jajahan British merangkumi C.O 273, C.O 274, C.O 276, dan C.O 277, termasuk sumber-sumber Jabatan Penjara NNS dan Jabatan Perubatan NNS. Hasil kajian mendapati pada dekad terawal abad ke 19, isu-isu pengurusan di penjara mula mendapat tumpuan British bermula daripada kemunculan pelbagai masalah seperti penyakit hingga kepada kadar kematian yang tinggi. Sistem segregasi mula menjadi nadi utama pengurusan banduan bermula tahun 1870 sekali gus memansuhkan nilai kebebasan dan menekankan disiplin ketat terhadap banduan. Penguatkuasaan beberapa jenis segregasi merancakkan lagi pelaksanaan disiplin dan peraturan yang rigid dan mewujudkan pengurusan banduan yang lebih tersusun dan sistematik. Perbincangan ini amat signifikan untuk melihat kemajuan dalam perkembangan pengurusan sistem banduan di penjara.

     


Reference
  • No Data Recorded