Kajian Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) Berkaitan Meneroka Amalan Kepimpinan Responsif Budaya Guru Besar dalam Program Pendidikan Inklusif
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Hasnah Toran, Natrah Abd Manap

Keyword
  • Amalan Kepimpinan Responsif Budaya Guru Besar (AKRBGB), Kajian Literatur Sistematik (SLR), Program Pendidikan Inklusif (PPI), analisis dokumen

Abstract
  • Kepimpinan responsif budaya ialah pendekatan transformatif yang memperkasakan pemimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya, kaum dan bahasa. Di samping itu, kepimpinan responsif budaya oleh guru besar di sekolah ialah pendekatan kepimpinan yang menekankan kefahaman, penghargaan, dan tindakan yang berpaksikan kepelbagaian budaya, identiti, latar sosial, serta keperluan unik murid. Justeru, kajian ini memfokuskan kajian literatur sistematik (SLR) berkaitan Meneroka Amalan Kepimpinan Responsif Budaya Guru Besar (AKRBGB) Dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI). Kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif berdasarkan analisis tinjauan literatur sistematik. Melalui enjin carian pangkalan Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct, Google Scholar dan My Cite, artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2015 sehingga 2025. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyse (PRISMA). Seterusnya analisis yang dilakukan merangkumi aspek latar belakang kajian, permasalahan, metodologi dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 28 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pilihan. Oleh itu, kajian amalan kepimpinan responsif budaya guru besar perlu diperluas dan diintegrasikan dengan kajian akan datang untuk mengenal pasti isu baharu berkaitan dengan kajian ini di Malaysia. Hasil kajian ini dapat menyumbangkan kepada pengukuhan kerangka teori kepimpinan responsif budaya, memperluas pemahaman peranan guru besar dalam inklusiviti, menyediakan model amalan kepimpinan kontekstual serta implikasi kepada amalan pendidikan merangkumi guru besar, guru pendidikan khas, guru perdana, komuniti, ibu bapa dan latihan pembangunan profesional.

Reference
  • No References Recorded