Industri Inap Desa Tidak Berdaftar: Kesan Kepada Pengguna Dan Pengoperasi
List of Authors
  • Fiorentina Anne John, Nur khalidah Dahlan

Keyword
  • Inap desa, tidak berdaftar, Akta Industri Pelancongan 1992, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Tuan Rumah Inapan 1952

Abstract
  • Industri premis penginapan pelancongan adalah salah satu industri penting dalam menjayakan aktiviti pelancongan di negara ini kerana tempat tinggal adalah salah satu kemudahan asas bagi pengunjung yang ingin melancong atau melawati sesuatu tempat. Tidak dinafikan bahawa industri hospitaliti dan pelancongan ini juga adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi negara dan boleh memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan dan menaik taraf kehidupan sebagai seorang perniagaan. Namun, dalam situasi sebuah premis persendirian yang tidak didaftarkan dijadikan sebagai satu premis penginapan bagi pelancong atau pengunjung, pelancong yang menginap boleh terdedah dengan pelbagai implikasi negatif seperti pengurusan yang tidak cekap, tempat itu tidak wujud dan mungkin penipuan. Disebabkan itu, pemilik dan pengusaha premis penginapan pelancongan perlu cakna akan undang-undang yang mengawal selia premis penginapan dan industri pelancongan bagi memastikan perusahaan penginapan yang dilaksanakan secara sah dan berlesen. Penulisan ini akan memfokuskan kepentingan dan kesan pendaftaran dan pelesenan premis penginapan pelancongan berdasarkan Akta Industri Pelancongan 1992, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Tuan Rumah Inapan 1952 kepada pengguna serta pemilik premis.

Reference
  • No Data Recorded