Sejak lebih sedekad lalu, Barat telah mula mengkaji tentang “penerimaan keluarga†(family acceptance) dan kepentingannya kepada kesejahteraan anak-anak LGBT. Didapati bahawa penerimaan keluarga menggalakkan kesejahteraan dalam kalangan anak-anak tersebut dan membantu melindungi mereka dari kehidupan yang berisiko, termasuk perbuatan membunuh diri. Sebaliknya, “penolakan keluarga†(family rejection) akan memberi kesan yang serius kepada kesihatan fizikal dan mental remaja LGBT serta mengakibatkan mereka terjerumus dalam kehidupan yang berisiko. Dalam usaha untuk meningkatkan penerimaan keluarga terhadap anak-anak LGBT, Family Acceptance Project (FAP) telah mengeluarkan satu garis panduan untuk keluarga yang menyenaraikan tingkahlaku-tingkahlaku yang boleh meningkatkan dan yang boleh mengurangkan risiko anak-anak LGBT untuk mendapat masalah kesihatan fizikal dan mental. Kertas kerja ini akan melihat secara terperinci garis panduan tersebut dari perspektif Islam bagi menilai sama ada keluarga Muslim boleh atau tidak boleh menggunapakai garis panduan tersebut. Untuk itu, saranan-saranan keibubapaan dari Al-Quran dan As-Sunnah akan dijadikan kayu ukur untuk mengenalpasti tindak balas sewajarnya ibu bapa Muslim dalam hal ini. Kajian ini mendapati bahawa wujud perbezaan dalam konsep “penerimaan keluarga†daripada perspektif Barat dan Islam. Barat berpandangan bahawa keluarga perlu menerima anak-anak LGBT dan menyokong mereka untuk mengamalkan gaya hidup tersebut. Sebaliknya, Islam berpandangan bahawa keluarga perlu menerima anak-anak LGBT itu dengan tujuan untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan dengan pendekatan Islam dan penuh kasih-sayang.