Faktor-faktor sokongan sosial yang mempengaruhi penghargaan kendiri remaja sekolah menengah daerah Melaka Tengah
List of Authors
  • Tan, Swee Chen

Keyword
  • Penghargaan kendiri, sokongan sosial, remaja, tingkah laku

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghargaan kendiri remaja sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubungannya dengan sokongan sosial. Remaja sekolah pada tingkatan 2 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah kerajaan di daerah Melaka Tengah. Alat kajian ini mengguna borang soal selidik “The Piers-Harris Children Self Concept Scale” dan “Social Support Questionnaire”. Seramai 242 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 111 (45.9%) lelaki dan 131 (54.1%) perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan ibu bapa terhadap penghargaan kendiri remaja sekolah dengan ujian multivariate linear regresi (p < 0.05). Manakala sokongan guru, rakan dan rakan sebaya tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penghargaan kendiri remaja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penghargaan kendiri remaja mengikut sosiodemografik seperti jantina, bangsa, status pekerjaan ibu bapa dan status penjaga (nilai p > 0.05). Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memberi sokongan sosial kepada remaja sangat membantu dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri remaja.

Reference
  • 1. Abd. Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin & Jamaludin Tubah. 2006. Institusi keluarga menghadapi cabaran alaf baru. KL: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.
    2. Azizi Yahaya, Yusuf Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek, Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul. 2004. Psikologi Sosial. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
    3. Cotterell, J. 2007. Social networks in youth and adolescence 2nd ed. New York: Routledge.
    4. Halimah Abdul Rahman. 2008. Masalah moral dan displin pelajar. KL: Edition Plus Sdn Bhd.
    5. Haughton, E. 1995. Dealing with peer pressure. Italy: Wayland.
    6. Hoge, R. D., Andrews, D. A. & Leschied, A. W. 1996. An investigations of risk and protective factors in a sample of youthful offenders. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 37(4), 419-424.
    7. Ibrahim Abu Samah, Jamil Hamali, Zulkifley Mohd Badron Abd Manaf & Allan Chong. 1999. Gaya hidup remaja: Analisis kes remaja di bandaraya Kuching. Shah Alam: UITM.
    8. Laible, D. J., Carlo, G. & Roesch, S. C. 2004. Pathways to self-esteem in late-adolescents: the role of parent and peer attachment, empathy, and social behaviors. Journal of Adolescence 27:6(December 2004)703-716.
    9. Lin, H. C, Tang, T. C., Yen, J. Y. Ko, C. H, Huang, C. F., Liu, S. C. & Yen, C. F. 2008. Depression and its association with self-esteem, family, peer, and school factors in a population 9586 adolescents in southern Taiwan. Psychiatry and Clinical Neurosciences, 62:412- 420.
    10. Nestmann, F. & Hurrelmann, K. 1994. Child and adolescent research as a challenge and opportunity for social support theory, measurement, and intervention: and vice versa. In F. Nestmann & K. Hurrelmann (Eds.), Social networks and social support in childhood and adolescence (pp. 1-22). New York: Walter de Gruyter.
    11. Noor Hidayah Amin. 2008. Proses perkembangan remaja. KL: Hartamas.
    12. Preechawong, S., Zawszniewski, J. A., Heinzer, M. M. V. & Musil, C. M. 2007. Relationship of
    family functioning, self-esteem, and resourceful coping of Thai adolescents with asthma. Informa healthcare. Issues in Mental Health Nursing, 28:21-36.
    13. Reddy, R., Rhodes, J. E. & Mulhall, P. 2003. The influence of teacher support on student adjustment in the middle schools years: A latent growth curve study. Development and Psychopathology, 15: 119-138.
    14. Rozali Mohd Salleh. 2003. Hubungan antara penghargaan kendiri dengan sokongan sosial dan pencapaian akademik, pelajar tahun enam, Sekolah Kebangsaan Kesom, Kuala Terangganu. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/Tb psm list Detail.asp?key= {16FD425E-9223-4698-BDB8-3191CF2316E7}(8April 2010).
    15. Rozumah Baharudin & Nor Sheereen Zulkefly. 2009. Relationship with father and mother, self-esteem and academic achievement amongst college students. American Journal of Scientific Research. 6: 86-94.
    16. Siti Nor Yaacob & Zalina Said. 1995. Perbezaan sokongan keluarga dan penghargaan kendiri di
    antara remaja pencapaian akademik tinggi dan rendah. Malaysian Journal of Social Policy and Society. Vol 2. 2005.
    17. Siti Nor Yaacob, Siti Rohana Salleh & Rumaya Juhari. 2008. Pengaruh faktor personal, keluarga,
    rakan sebaya dan sekolah terhadap kemurungan remaja. Malaysian Journal of Social Policy and Society. Vol 2. 2005.
    18. Tam, C. L., T, H. L., Wai, M. H. & Wei, L. P. 2011. Perceived social support and self-esteem towards gender roles: Contributing factors in adolescents. Asian Social Sciences. 7(8): August 2011.
    19. Teoh, H. J. & Nur Afiqah. 2010. Self-esteem among young adults: The effect of gender, social support and personality. MJP online, 02-07-10.
    20. Veselska, Z., Geckova, A. M., Gajdsova, B., Orosova, O., Dijk, J. P. & Reijneveld, S. M. 2006. Socioeconomic differences in self-esteem of adolescents influenced by personality, mental health and social support. European Journal Public Health. doi:10.1093/eurpub/ckp210.