Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar di Sekolah Kurang Murid SJKT
List of Authors
  • Bity Salwanan Alias, Nanthini Maniveloo

Keyword
  • Kepimpinan Instruktional, SKM, SJKT

Abstract
  • Kepimpinan instruksional merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam konteks Sekolah Kurang Murid (SKM) SJKT yang berhadapan dengan pelbagai cabaran. Walaupun keberkesanan kepimpinan instruksional telah banyak dibincangkan, kajian empirikal yang memfokuskan kepada sekolah kurang murid SJKT khususnya di daerah Segamat masih terhad. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di SKM SJKT berdasarkan persepsi guru. Kajian ini penting dari sudut akademik kerana menyumbang kepada literatur kepimpinan pendidikan dalam konteks sekolah SKM. Dari sudut praktikal ia menyediakan maklumat empirikal yang boleh menyokong pembangunan kepimpinan guru besar secara lebih kontekstual. Reka bentuk kajian ini ialah tinjauan kuantitatif yang melibatkan keseluruhan populasi seramai 68 orang guru SKM SJKT di daerah Segamat. Pengumpulan data dilaksanakan secara dalam talian menggunakan soal selidik berstruktur yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi. Dimensi mengelola program pembelajaran mencatatkan nilai min tertinggi (min = 4.36), diikuti oleh dimensi mendefinisikan tujuan sekolah (min = 4.31), manakala dimensi menciptakan iklim sekolah yang positif mencatatkan nilai min terendah (min = 4.21). Kesimpulannya, kajian ini mengisi jurang literatur dengan menyediakan bukti empirikal kontekstual serta mencadangkan keperluan mengimbangi dimensi teknikal dan afektif kepimpinan instruksional bagi memperkukuh keberkesanan sekolah secara holistik.

Reference
  • No References Recorded