Asal usul Silat Cekak dari Kedah: Analisa Persejarahan sejak Zaman Keagungan Pra Langkasuka ke Era Imperialisme Thai 1821
List of Authors
  • Zaimilah Yusoff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sejarah Seni Silat Cekak, dari mana asal-usulnya dan bagaimana ia lahir adalah amat sukar ditemui dalam catatan-catatan sejarah. Namun melalui penceritaan lisan dan penulisan beberapa kajian sejarah terdahulu, asal usulnya telah diketahui berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Beberapa penulisan awal telah menjelaskan hujah ini namun pembuktian melalui penelitian sejarah awal negeri Kedah akan lebih menguatkan lagi hujah bagi menunjukkan kewujudan silat ini mempunyai perhubungan langsung dengan ketamadunan empayar Melayu pra Kedah - Langkasuka. Kajian perintis ini menggunakan pendekatan penyelidikan dokumentasi, kajian lapangan dan temuramah bagi menyelusuri sejarah keagungan empayar Kedah Langkasuka dan campurtangan politik dari pelbagai kuasa asing sejak awal kurun ke 10 sehinggalah ke era penaklukan tentera Thai pada tahun 1821. Hasil kajian ini adalah bagi membuktikan bahawa masyarakat Kedah silam adalah bangsa perang yang hebat. Terdapat juga keberkaitan langsung antara tamadun Kedah Tua dengan sejarah kewujudan Silat Cekak di empayar tersebut yang mengalami proses asimilasi, akulturasi, dan evolusi yang panjang.


Reference
  • No Data Recorded