Literasi Bahasa Melayu dan Pedagogi Kontekstual ke Arah Pendidikan Berkualiti
List of Authors
  • Amy Liew Xiu Jie, Nurul Aisyah Kamrozzaman

Keyword
  • Bahasa Melayu, literasi, pedagogi kontekstual, pendidikan berkualiti, SDG 4

Abstract
  • Artikel ini membincangkan konsep pengukuhan literasi Bahasa Melayu melalui pendekatan pedagogi kontekstual sebagai usaha menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4), iaitu memastikan pendidikan berkualiti, inklusif dan saksama untuk semua. Dalam konteks pendidikan Malaysia, Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sebagai pembinaan identiti nasional, serta perkembangan daya pemikiran pelajar. Walau bagaimanapun, penurunan tahap kecekapan literasi Bahasa Melayu, terutamanya dalam aspek pemahaman dan penulisan telah menuntut transformasi dalam pendekatan pengajaran. Pedagogi kontekstual dicadangkan sebagai pendekatan berasaskan pengalaman sebenar yang menghubungkan isi pelajaran dengan dunia pelajar, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan autentik. Artikel ini menghuraikan isu literasi Bahasa Melayu, konsep dan asas teori pedagogi kontekstual, serta mencadangkan rangka konseptual pengukuhan literasi Bahasa Melayu selaras dengan aspirasi SDG 4.

Reference
  • No References Recorded