Efikasi diri, sokongan sosial dan komitmen dalam kalangan guru sekolah rendah
List of Authors
  • Premlata , Saemah Rahman

Keyword
  • Efikasi diri, sokongan sosial, komitmen, sekolah rendah, guru sekolah rendah

Abstract
  • Komitmen guru adalah satu indikator kepada kejayaan dan keberhasilan sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, sejauh mana komitmen seseorang guru dalam organisasi sekolah dapat dipengaruhi oleh efikasi kendiri mereka dan sokongan sosial yang mereka terima. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen dalam kalangan guru sekolah rendah di Negeri Perak. Kajian ini penting agar guru dapat meningkatkan komitmen kerja dan akhirnya mampum enyumbang kepada keberhasilan sekolah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Responden seramai 134 orang terdiri daripada guru sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui kaedah pemilihan sampel secara rawak mudah. Borang soal selidik telah diedarkan untuk mengumpul data dan data tersebut dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri, sokongan sosial dan komitmen guru pada tahap yang tinggi. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dan sokongan sosial dengan komitmen guru. Melalui kajian ini, diharapkan agar warga pendidikan dapat memberi tumpuan kepada peningkatan efikasi kendiri dan sokongan sosial kepada guru bagi memastikan peningkatan komitmen mereka demi kejayaan organisasi sekolah.

Reference
  • 1. Ahmad Zabidi. 2018. Determining the key capacities of effective leaders in malaysian public and private focused universities. Journal SAGE Open, Vol. 8.

    2. Aswin. 2018. Analisis Pengaruh Etika Kerja Islami Dan Kepuasan Kerja Pada Komitmen Organisasional. Universitas Muhammadiyah Surakarta.

    3. Habib Mat Som & Syed Kamaruzaman Syed Ali. 2011. Komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum dan invosi berkesan. Masalah Pendidikan, 34:99-119.

    4. Herman H. 2016. Hubungan antara budaya organisasi dan kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi. Jurnal Majemen Fakultas Ekonomi, (2).

    5. Lily James Billy & Muhamad Suhaimi Taat. 2020. Budaya sekolah: hububungannya dengan komitmen guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(10):207-216.

    6. Muslizah Jusoh & Siti Noor Ismail. 2021. Hubungan effikasi kendiri dengan komitmen kerja guru di sekolah berprestasi sederhada di negeri Kelantan. International Jurnal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6(40):264-273.

    7. Nor Farah 2018. Effects of exercise on postprandial responses to ad libitum feeding in overweight men. Journal of Medicine and science in sports and exercise. Volume 2.

    8. Nurulaim Asyikin Zakaria & Suhaida Abdul Kadir. 2013. Komitmen guru terhadap sekolah menengah di daerah Kangar Perlis. Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan.

    9. Sema., K., T. & Huseyin A. 2018. The relationship betweet perceived social support and organizational commitment levels of primary and secondary school teachers. Universal Journal of Educational Research, 6(5):983-993.

    10. Timberly, L. B., Jillian, W., Gwendolyn, K., & Skiba, R. J. 2016. Identifying Barriers: Creating