Perspektif belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pa-hang
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Belia, isu politik, pilihan raya, isu sosioekonomi, pemulihan ekonomi

Abstract
  • Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penu-lisan artikel ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati 76 peratus responden bersetuju bahawa isu sosioekonomi dan politik di kawasan respond-en ‘penting’ untuk diambil tahu. Seterusnya, 86 peratus responden menyatakan keadaan sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya adalah stabil. Di samping itu, 72 peratus responden sering membin-cangkan isu seperti pemulihan ekonomi, harga barang, inflasi dan kos sara hidup. Seterusnya, isu politik yang selalu dibincangkan di kawasan kajian oleh golongan belia adalah isu rasuah iaitu sebanyak 66 peratus. Kesimpulannya, kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepa-da pihak berkaitan mengenai kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia. Implikasi kajian ini adalah belia setempat dapat didedahkan dengan isu semasa iaitu isu sosioekonomi dan isu politik yang sebenarnya penting untuk mereka tahu dan fikir bagi menentukan masa depan dan pilihan politik pada pilihan raya akan datang.

Reference
  • 1. Agung Suharyanto. (2016). Surat Kabar sebagai salah satu media penyampaian informasi politik pada partisipasi politik masyarakat. Jurnal Administrasi Publik, 6(2),123-136.
    2. Azman Mahadi, Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2016). Tingkah laku pengundi dan faktor ke-jayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 126-137.
    3. Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. (2016). Peranan Pengundi Melayu Dalam Pengukuhan Hegemoni Politik UMNO Dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau. Dlm. Maslida Yusof, Mohamad Rodzi Abd Razak, Mohammed Azlan Mis & Yusmilayati Yunos (Editor).
    4. Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah, Politik dan Keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Ke-bangsaan Malaysia.
    5. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Mohd Fuad Mat Jali, Ahmad Rizal Mohd Yusof & Muham-mad Hazim Abd Ghani. (2015). Calon Lama vs Calon Muda Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Par-limen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh 2015. 2nd International Conference on Human Sustain-ability (INSAN 2015). The Royale Bintang Resort and Spa, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
    6. Khalida Najwa Khairuddin. (2021). Keperluan Pengundi Untuk Mengundi di Kawasan Tempat Bekerja: Kajian Kes di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras, Raub, Pahang. Latihan Ilmiah. Pro-gram Geografi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    7. Khalida Najwa Khairuddin & Junaidi Awang Besar. (2021a). Tingkah Laku pengundi luar di kawasan DUN Tras, Raub, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-17.
    8. Khalida Najwa Khairuddin & Junaidi Awang Besar. (2021b). Tingkah laku pengundi luar di kawasan DUN Tras, Raub, Pahang. Buku Kompilasi Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda 2021 (PERSADA 2021). Anjuran: Sekretariat Prasiswazah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Platform YouTube FSSK UKM. Hlm. 44-58. 26 Jun.
    9. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psy-chological Measurement, 30: 607-610.
    10. Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2019). Persaingan PRU ke-14 di Pahang: pengekalan status quo melalui pertembungan tiga penjuru. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 122-136.
    11. Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2021). Realiti politik pilihan raya di Pahang dalam PRU-14. Dlm. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Nur Azuki Yusuff (Penyelenggara). Dinamika Politik Pilihan Raya di Malaysia dalam PRU-14, hlm. 229-254. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
    12. Nor Rofizah Jamaluddin. (1985). Kampung Tradisi UMNO: Kepimpinan dan Ikatan Kekeluargaan di Kam-pung Karak Setia Pahang. http://studentsrepo.um.edu.my/11249/1/nor_rofizah.pdf .
    13. Nor Shafika Johari. (2018). Politik Pilihan Raya dalam PRU-14 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (N.10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Latihan Ilmiah. Program Geografi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Nurul Izzatie Wahab. (2019). Gelagat Politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: Kajian Kes di Kawa-san DUN (N.36) Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur. Latihan Ilmiah. Program Geografi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    15. Omar Othman. (2004). Orang Asli Dalam Politik dan Pembangunan di Pahang. Tesis Sarjana Sains, Univer-siti Putra Malaysia.
    16. Sida Tantiana Haji Sariat (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pekan & Barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Pekan). (2022). Pandangan Belia Terhadap Isu Sosioekonomi dan Politik di Kawa-san DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Temu bual, 22 Mac.
    17. Suresh Kumar, N.V. (2019). Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands: kemenangan BN atau kekalahan PH? e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 16(5), 1-14.
    18. Ustaz Abdul Rahman Abu Kassim (Ketua Lajnah Politik & Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Kawasan Pek-an). (2022). Pandangan Belia Terhadap Isu Sosioekonomi dan Politik di Kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Temu bual, 22 Mac.
    19. Zulkifli Mohamed. (2015). Persepsi Mahasiswa Terhadap Wanita Berpolitik: Satu Analisis di Kolej Universi-ti Islam Sultan Ahmad Shah Pahang (KUIPSAS). https://www.academia.edu/35467282/PERSEPSI_MAHASISWA_TERHADAP_WANITA_BERPOLTIK_SATU_ANALISIS_DI_KOLEJ_UNIVERSITI_ISLAM_SULTAN_AHMAD_SHAH_PAHANG_KUIPSAS_ .