Tren penanaman dan kegunaan tumbuhan herba dalam kalangan masyarakat Melayu di Balik Pulau, Pulau Pinang
List of Authors
  • Daniel Ugih Echoh , Salfarina Abdul Gapor

Keyword
  • Biodiversiti, herba, pembangunan lestari, Balik Pulau, komuniti

Abstract
  • Balik Pulau merupakan daerah yang masih kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Melayu tradisional. Jika dibandingkan dengan daerah Timur Laut yang membangun dengan pesat akibat proses pembandaran, masyarakat Melayu di Balik Pulau masih mengamalkan konsep perkarangan tanaman herba. Objektif artikel ini adalah untuk menerangkan tren penanaman tumbuhan herba dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masyarakat di Balik Pulau. Antara tumbuhan herba yang ditanam adalah seperti serai, pegaga, cili, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan banyak lagi. Tumbuhan herba tersebut digunakan untuk tujuan masakan, perubatan, hiasan dan ada juga untuk tujuan komersial. Kaedah penyelidikan kuantitatif telah dipilih dengan melakukan survei di lima buah kampung iaitu Kampung Pulau Betong, Kampung Terang, Kampung Genting, Kampung Sungai Burong dan Kampung Jalan Bharu. Berdasarkan penemuan, majoriti responden yang ditemubual masih menanam tumbuhan herba yang biasa digunakan seperti, serai, pandan, kunyit, lengkuas, dan daun kari. Kebanyakannya digunakan untuk tujuan masakan, manakala hanya segelintir sahaja yang menggunakan tumbuhan herba untuk perubatan dan perhiasan.

Reference
  • 1. Ali, Nor Eeda. 2006. Pembangunan komuniti di dalam perlaksanaan konsep bandar selamat; kajian kes : Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment.
    2. Azmah, M.N. 1989. Nilai tumbuhan ubatan di kalangan orang Jawa khusus di Kampung Sepintas, Sabak Bernam, Selangor. Tesis SmSn. Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
    3. Burkhill, I.H. 1935. A Dictionary of Economic Products of the Malay Peninsula, 2 Vols. Crown Agents for The Colonies, London.
    4. Effat. 2001.Two Approaches to Organizational Analysis. Beacon Press : Rosten.
    5. Fatan Hamamah Yahaya. 2003. Potensi Tumbuh-Tumbuhan Herba sebagai Ubat-Ubatan [cited 6 March 2012]. Available from: http://eprints.ukm.my/75/1/Fatan-1.pdf
    6. Harris, P.G. 2002. International environmental cooperation. Colorado: University Press of Colorado.
    7. Klein. 1988. The Concept And Measurement Of Neighbourhood. Washington: US Department Of Housing.
    8. Noraini Mohd Kair. 2010. Portal Penawar Semulajadi Herba Secara Tradisional [cited 26 November 2012]. Available from : http://ir.fsksm.utm.my/ 13/2/norainiac073 098d10ttp.pdf.
    9. Norgaard, R.B. 1992. 'Sustainability and the Economics of Assuring Assets for Future Generations (WPS 832): Policy Research Dissemination Center', The World Bank.
    10. Persatuan Sains Sosial Malaysia. 1987. Pembangunan di Malaysia: Perencanaan Perlekasanaan dan Prestasi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    11. Polasky & Stephen. 2002. The economics of biodiversity conservation. Burlington, Ashgate.
    12. Sabariah, Z. 1987. Kajian tumbuhan ubatan di daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan. TesiS SmSn. Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    13. Thomas, R. & Cresswell. 1999. Community In Housing Satisfation. New York : John Wiley.