Kesan limpahan pembangunan Wilayah Kuala Lumpur terhadap ekonomi dan sosial masyarakat Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
List of Authors
  • Muhammad Yazid Samion , Zurinah Tahir

Keyword
  • Pembangunan, ekonomi, sosial, masyarakat, kampong

Abstract
  • Pembangunan adalah salah satu usaha untuk mengubah masyarakat atau negara daripada mundur kepada maju. Terdapat beberapa jenis pembangunan. Pembangunan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti pembangunan sosial dan ekonomi. Oleh itu pembangunan dari segi sosioekonomi haruslah diseimbangkan bagi memberikan kesan yang positif kepada masyarakat khususnya supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji kesan sosioekonomi pem-bangunan Lumpur Lumpur terhadap penduduk Kampung Baru. Skop kajian ini tertumpu di Kampung Baru dengan tumpuan terhadap kesan sosioekonomi yang dialami penduduk di Kampung Baru terhadap pem-bangunan Wilayah Kuala Lumpur. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih dimana sejumlah 375 responden dipilih daripada 18372 populasi mengikut jadual Krejcie & Morgan (1970). Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk Kampung Baru itu sendiri tanpa mengira kawasan. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis oleh pengkaji menggunakan perisian SPSS, analisis frekuensi deskriptif dan interpretasi skor min. Kesan pembangunan dibahagikan mengikut indikator iaitu ekonomi dan sosial. Dalam indikator sosial, terdapat empat bahagian iaitu infrastruktur dan sosial, perumahan, keselamatan dan kesihatan. Manakala bagi indikator ekonomi pula adalah pendapatan dan pekerjaan. Kesimpulannya berdasarkan hasil analisis kajian menunjukkan bahawa pembangunan yang dijalankan di Wilayah Kuala Lumpur memberi banyak impak positif bukan sahaja pada aspek sosial, malah aspek ekonomi juga memberikan banyak impak positif kepada penduduk Kampung Baru hasil daripada kesan pembangunan. Diharapkan pembangunan yang dibangunkan di Kampung Baru mampu memberikan manfaat yang berterusan kepada penduduk di Kampung Baru. Implikasi kajian ini amat penting dalam konteks keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Aki @ Zaki, A., Er, A.C., & Siwar, C. (2015). Penanaman sawit lestari dan impak sosioekonomi. Journal of social Sciences and Humanities 10(1):57-80.
    2. Anuar Amir. (2006). Impak Limpahan Pembandaran Ke Atas Kampung Pinggir Bandar Di Wilayah Metro-politan. Tesis Doktor. Falsafah, Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi Malaysia
    3. Erreygers, G. (2012). A Dual Atkinson Measure of Socioeconomic Inequality Of Health. Health Economics, 22(4), 466-479.
    4. Frishchmann, B. M. (2006). An economic theory of infrastructure and commons management. American Law and Economics Association Annual Meetings. Atas talian pada 27 Disember 2010.
    5. http://web.ebscohost.com.eserv.uum.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer?hid=14&sid=e637b24ecef5-491d-b2c3-2f1796b02838%40sessionmgr11&vid=6.
    6. Holt, A. S. J. (2005). Principles of construction safety. Oxford: Blackwell science
    7. Ismail, Omar. (1999). Perumahan: Teori, Polisi, dan Amalan. Monograf Tidak Diterbitkan. Skudai, Johor: Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Universiti Teknologi Malaysia.
    8. Katiman Rostam, Mochamad Rosul, Er Ah Choy, Abdul Rahim Mohd Nor, Zaini Sakawi, Norazuan Md Hashim & Aishah@Esah Hj Muhammad. (2010). Pembandaran dan rebakan bandar di pinggir Wilayah Metropolitan Klang-Langat. Malaysian Journal of Society and Space 6 issue 2 (37 - 50)
    9. Khofizhoah Mohd Karima, Zuraida Mohamad Nizarb, Sezali Md Daritc & Mohd Fo’ad Sakdand. (2019). Impak Pembangunan Terhadap Masyarakat di Pantai Chenang, Pulau Langkawi. Jurnal Teknologi, 11:2-2, 65–72
    10. Md Safian Mohd Tajuddin. (2007). Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan. Tesis Dr. Fal. Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
    11. Noraniza Yusoff, Azlizan Talib & Yusuf Pon. (2011). Impak Pembangunan Infrastruktur ke atas Pem-bangunan Komuniti Penduduk di Daerah Pendang dan Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Malaysia. JGD – Journal of Governance and Development. Vol.7, (16 - 36).
    12. Nor Suhaily Bakar, Uyun Naim Muhamad Yusri, Nuzul Akhtar Baharudin, Nor Fadilah Bahari & Shuhaimi Jaafar. (2018). Tahap Kesedaran Pekerja Terhadap Keselamatan dan Kesihatan di Amsteel Mill Sdn. Bhd. Proceeding of the 5th International Conference on Management and Muamalah. 66-74
    13. Nurasyikin Miskam & Haryati Shafii. (2013). Transformasi Pembangunan Luar Bandar: Kesan Ke Atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat. Persidangan Geografi & Alam Sekitar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
    14. Raudhiah, N., Nakiah, S., & Hashim, A. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran pekerja ter-hadap amalan keselamatan pekerjaan: kajian kes di sebuah syarikat logistik. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah, 210–220.
    15. Rosniza Aznie Che Rose, Nurul Fatihah Jusoh, Rosmiza, M.Z., Lyndon, N., & Mokhtar, J. (2015). Perkem-bangan dan cabaran sektor perniagaan sebagai pemangkin pembangunan bandar kecil: Kajian em-pirikal di Daerah Besut, Terengganu. Malaysian Journal of Society and Space 11(8): 1-12
    16. Samruhaizad Samian @ Samion, Jamaluddin Md. Jahi & Azahan A Wang. (2014). Isu Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk Pinggir Bandar. International Journal of the Malay World and Civilisation 2(1), 63 - 75
    17. Shaharudin Idrus, Abdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah & Ruslan Rainis. (2013). Pembandaran di Malaysia: Peralihan Daripada Kefungsian Hierarki Kepada Kefungsian Berasaskam Jaringan. Jurnal Perspektif. 5(2), 45-59
    18. Stapa, Z., Ahmad Munawar I., & Noranizah, Y. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari: An International Journal, (S), 155-172
    19. Winters-Miner, L. A., Bolding, P. S., Hilbe, J. M., Goldstein, M., Hill, T., Nisbet, R., Miner, G. D. (2015). Practical Predictive Analytics and Decisioning Systems for Medicine. Orlando: Academic Press, Inc
    20. WHO [World Health Organization]. (2001). Komisi WHO mengenai Kesihatan dan Lingkungan. Kuala Lumpur: Penerbit WHO, Terjemahan
    21. Zainol Hasan, Mahyudi. (2020). Analisis terhadap Pemikiran Ekonomi Kapitalisme . Istidlal: Jurnal Ekonomi dan Hukum Islam. Volume 4, Nomor 1, April 2020. DOI: 10.35316/istidlal.v4i1.206.