Impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti tempatan: Taman Negara Tanjung Piai, Johor
List of Authors
  • Fatin Umaira Muhamad Azian , Noorefika Jailani

Keyword
  • Ekopelancongan, komuniti, persepsi, impak pembangunan, Johor

Abstract
  • Ekopelancongan adalah lawatan yang menjurus kepada pemuliharaan alam sekitar serta mem-berikan manfaat kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka. Setiap kawasan ekopelancongan mempunyai impak pembangunan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti tempatan dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Taman Negara Tanjung Piai, Johor dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik iaitu ter-letak di penghujung benua Asia yang mampu menarik pelbagai kategori pelancong. Borang soal selidik bagi mengetahui impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti digunakan. Persampelan secara rawak digunakan dalam kajian dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa aktiviti ekopelancongan di Taman Negara Tanjung Piai, Johor telah memberi impak kepada komuniti tem-patan daripada aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Keadaan sosial penduduk tempatan semakin berkembang dengan adanya pertambahan kedatangan pelancong. Untuk meningkatkan kemajuan kawasan kajian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain perlu ditambah dan diperbaiki. Kajian ini memberi pendedahan yang berguna kepada pihak kerajaan dan swasta terhadap impak pembangunan ekopelancongan kepada pelbagai pihak terutamanya dari aspek komuniti tempatan.

Reference
  • 1. Ahmad, N.M.N., Razzaq, A.R. A., & Maryati, M. (2019). Potential of community capacity building for ecotourism purposes in Tg.Piai, Johore. IOP Conf. Ser.: Earth Environ. Sci. 269 012007
    2. Badaruddin Mohamed. (2008). Pelancongan Lestari. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
    3. Che Leh F, Omar B. (2013). The growth and achievement of agro-tourism in Malaysia, 2000 2012. Pro-ceedings of the 3rd Regional Conference on Tourism Research, 40-52. Langkawi, Malaysia. 29-31 Oct.
    4. Christopher Perumal, Zaini Sakawi & Siti Khatijah Zamhari. (2016). Impak ekopelancongan terhadap komuniti tempatan di Malaysia: Kajian kes komuniti nelayan Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Ma-laysian Journal of Society and Space. 12(4): 94 - 108.
    5. Clifton J, Benson, A.M. (2006). Planning for sustainable ecotourism: the case for research ecotourism in developing country destinations. J. Sustain. Tour. 14(3): 238-254
    6. Er Ah Choy, Asmahani Atan, Harsuzilawati Muhammed, Zaini Sakawi & Adam JH. (2012). Analisis kelebihan kompetitif ekopelancongan di Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8(8): 158 - 169.
    7. Er, A.C., & Nurul, B.M.L. (2013). Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 8(2), 27-34.
    8. Goeldner, C. R., Ritchie, J. R. B. & McIntosh, R. W. (2000). Tourism. Principles, Practices, Philosophies, John Wiley & Sons, New York.
    9. Honey, M. (1999). Ecotourism and Sustainable Development: Who Owns Paradise?. Island Press.
    10. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Journal of Educa-tional and Psychological Measurement 30: 607-610.
    11. Lascurain, H.C. (1988). The Future of Ecotourism . Mexico Journal 8: 3-7.
    12. M. Adli, M.S., Mohd Salleh, A., Wirdati, M.R., & Muhammad Syakir, S. (2018). Persepsi Penggiat Rekreasi Terhadap Aktiviti Rekreasi Luar yang Menjadi Keutamaan di Gunung Ledang, Taman Negara Johor. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 2, No. 1 (2018), 1-9| eISSN: 2600-7622
    13. Man, Z. dan Ne, Y. E. (2019). Penyertaan orang Asli dalam aktiviti eko-pelancongan di Tasik Chini, Pahang, Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 15 issue 4 (50-63)
    14. Matheison, A. dan Wall. G. (1991). Pelancongan: Impak Ekonomi, Fizikal dan Sosial. Terjemahan Kadir H. Din. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Mohamed, A.E., Alwi, M.K. & Xing, L.W. (2020). Eco-tourism impacts in Pulau Kukup National Park: Ex-ploring residents perspectives. Journal of Tourism, Hospitality & Culinary Arts, 12(2), 112-127.
    16. Mohd Hairy Ibrahim. (2003). Ekopelancongan lembangan saliran Sungai Bill, Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    17. Nurain Sahazali, and Er, Ah Choy. (2013). Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: persepsi penduduk terhadap impak pembangunan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 9 (3). pp. 69-79. ISSN 2180-2491
    18. Ross, S. & Wall, G. (1999). Ecotourism: towards congruence between theory and practice. Tourism Man-agement 20: 123-132
    19. Said, M. Z., Komoo, I. dan Mohamad, E. T. (2020). Persepsi Pemimpin Tempatan Dan Komuniti Kawasan Pesisir Di Wilayah Iskandar Malaysia Terhadap Program Ekopelancongan Kawan Iskandar Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED). Volume 5 (34):1-21.
    20. Tee Siew, T.K. (2015). Johor Giat Promosi Taman Laut Sultan Iskandar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/11/25/johor-promosi-taman-lau
    21. Wan Suzita Wan Ibrahim, Rosilawati Zainol, Siti Nor Awang, Kamal Solhaimi Fadzil & Juli Edo. (2015). Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: Satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan. Malaysian Journal of Society and Space 11(13): 115
    22. Yahaya Ibrahim. (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Dawama Sdn. Bhd. Se- langor.
    23. Zuriatunfadzliah Shahdan, Rosniza Aznie Che Rose, Habibah Ahmad. (2009). Perubahan budaya Orang Bateq dalam situasi ekopelancongan di Taman Negara Pahang. EBangi Jurnal of Social Sciences and Humanities 4(1): 159-169.