Universiti, pembangunan modal insan dan penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi di Malaysia: suatu ulasan kritis
List of Authors
  • Nooriah Yusof , Norain Mat Lazim

Keyword
  • Universiti, komuniti berpendidikan tinggi, Geografi, modal insan, Malaysia

Abstract
  • Modal insan terutamanya yang berpendidikan tinggi telah diakui sebagai komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi kontemporari. Ini adalah berikutan kemajuan pesat teknologi dan peningkatan persaingan akibat globalisasi yang telah membawa perubahan besar kepada pasaran buruh dan peningkatan pesat permintaan terhadap pendidikan tinggi. Kebanyakan teori pertumbuhan ekonomi moden turut mengakui wujudnya hubungan positif di antara modal insan dengan pembangunan ekonomi dan kesediaadaan sumber buruh berpengetahuan dapat menyumbang kepada kelebihan daya saing lokasi. Pelaburan dalam pendidikan tertiari dan perluasan peluang mendapatkan pendidikan tinggi telah menjadi antara polisi utama dalam pembangunan wilayah di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Sejarah perkembangan sektor pendidikan tinggi di negara ini telah menunjukkan transformasi yang ketara baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Walaupun demikian, komuniti berpendidikan tinggi tersebut masih mewakili peratusan yang kecil populasi negara dan taburan modal insan ini dari segi geografi masih tidak banyak diketahui. Artikel ini akan membincangkan pola dan trend pendidikan tinggi serta penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi (tertiari) di Malaysia berdasarkan data statistik yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan PerangkaanMalaysia. Data yang diperoleh dalam bentuk statistik tersebut diubahsuai dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan rajah. Selain itu, bagi menunjukkan taburan IPT yang terdapat di Malaysia dengan lebih berkesan, peta Malaysia digunakan dengan melabelkan setiap IPTA dan IPTS utama yang terdapat di negeri berkenaan. Dengan ini, pengelompokan dan taburan IPT di negara ini dapat dilihat dengan lebih jelas dan mudah. Hasil menunjukkan terdapat hubungan yang selari antara kemajuan sesebuah negeri dengan taburan IPT yang terdapat di negeri berkenaan. Selain itu, perbincangan juga akan menyentuh tentang peranan, perkembangan dan cabaran universiti dalam melahirkan komuniti berpendidikan tinggi di negara ini.

Reference
  • 1. Abdul Rahman Haji Ismail & Mahani Musa. 2007. Sejarah perkembangan dan pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia sehingga 2007. Dalam Zailan Moris. 50 tahun pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia (1957 – 2007). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
    2. Ambigapathy Pandian, Haslina Haroon & Sarjit Kaur,. 2007. Isu dan cabaran pendidikan tinggi di Malaysia. Dalam Zailan Moris. 50 tahun pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia (1957 – 2007). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
    3. Becker, G. 1994. Human capital: A theoritical and empirical analysis with special referenceto education. Chicago: The University of Chicago Press.
    4. Berry, C. R. & Gleaser, E. L. 2005. The divergence of human capital levels across cities. Papers in Regional Science, 83, 407-444.
    5. Ducker, P. 1993. Post-capitalist society. London: Harper Collins.
    6. Faggian, A. & McCann, P. 2008. Human capital, graduate migration and innovation in British Regions. Cambridge Journal of Economics, 33, 317-333.
    7. Faggian, A. & McCann, P. 2009. Universities, agglomerations and graduate human capital
    mobility. Tijdschrift voor Economische eb Sociale Geografie, 100(2), 210-223.
    8. Fitzsimons, P. 1999. Human capital theory and education. Encyclopedia of Philosophy of Education.
    9. Florida, R. 2000. The economic geography of talent. Pittsburgh, PA: Carnegie Mellon University.
    10. Goldstein, H. & Drucker, J. 2006. The Economic Development Impacts of Universities on Regions: Do Size and Distance Matter? Economic Development Quarterly, 20(1), 22-43.
    11. Harvey, L. 2001. Defining and measuring employability. Quality in Higher Education, 7(2), 97 109.
    12. Kerajaan Malaysia. 1966. Rancangan Malaysia pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan.
    13. Kerajaan Malaysia. 2005. Rancangan Malaysia kesembilan 2006 – 2010. Kuala Lumpur:Percetakan Negara.
    14. Kerajaan Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia kesepuluh 2011 – 2015. Kuala Lumpur: UnitPerancang Ekonomi.
    15. Knight, P. T. & Yorke, M. 2003. Employability and good learning in higher education. Teaching in Higher Education, 8(1), 3-16.
    16. Koo Yew Lie., Vincent Pang. & Fadhil Mansur. 2009. Employer perception on graduate literacy’s in higher education in relation to the workplace. fhttp://www.esp world.info/Articles_20/DOC/Koo_vp_employer_Journal18Oct09.pdf. [Diakses pada 28 April 2011].
    17. Kotler, P., Hamlin, M.A., Rein, I., & Haider, D.H. 2002. Marketing Asian places: Attracting investment, industry and tourism to cities, states and nation. Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd.
    18. Lee, M. N. N. 2004. Restructuring higher education in Malaysia. Monograph Series No: 4/2002. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
    19. Lucas, R. E. 1988. On the Mechanism of Economic Development, Journal of Monetary Economics, 22, 3-42.
    20. Malaysia. 2011. Data siri masa penyiasatan tenaga buruh, 1982-2010. Jabatan Perangkaan Malaysia. http://www.statistics.gov.my. [Diakses pada 27 September 2011].
    21. Malaysia. 2007. Pelan tindakan pengajian tinggi negara 2007-2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    22. Malaysia. 2008. Quick facts: Malaysian higher education statistics 2008. Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi.
    23. Malaysia. 2010. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2009. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    24. Malaysia. 2011. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    25. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN). 2010. Model baru ekonomi untuk Malaysia. Putrajaya: Majlis Penasihat Ekonomi Negara.
    26. OECD. 2007. Education at a Glance: OECD Indicators 2007. Paris: OECD.
    27. Romer, P. M. 1986. Increasing return and long-run growth. Journal of Political Economy, 94, 1002-1037.
    28. Sarjit Kaur & Shakila Abdul Manan. 2010. Market forces and globalisation: Implication for higher education in Malaysia. Dalam Morshidi Sirat. Contemporary issues in the global higher education
    marketplace: Prospects and challenges. Monograph Series No: 15/2010. Universiti Sains Malaysia: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara.
    29. Venhorst, V., Dijk, J. V. & Wissen, L. V. 2010. Do the best graduates leave the peripheral
    areas of the Netherlands? Tijdschrift voor Economische en Sociale Geografie, 521–537.