Persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dan impaknya kepada pilihan raya umum (PRU) 2008 di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Kajang dan Bangi, Selangor
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Mohd Fuad Mat Jali

Keyword
  • Persempadanan, Pilihan raya, Geografi, Persempadanan semula, Gerrymandering

Abstract
  • Persempadanan kawasan dibentuk daripada sempadan dan had ruang yang telah ditetapkan secara absah oleh pihak berkuasa. Di Malaysia, persempadanan sesuatu kawasan berbeza mengikut bidang kuasa pentadbiran pihak yang berautoriti iaitu merangkumi persempadanan pentadbiran pejabat tanah dan daerah, pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam konteks persempadanan bahagian pilihan raya di Malaysia, ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN. Namun demikian, setelah persempadanan semula tersebut dibuat dan diluluskan, terdapat unsur-unsur yang dilihat menguntungkan pemerintah dalam usaha bagi mengukuhkan strategi bagi mengekalkan kuasa/geopolitik yang disebut sebagai gerrymandering. Justeru dalam artikel ini, secara mikronya kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi dipilih sebagai kawasan kajian untuk mengenalpasti kesan persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 terhadap pilihan raya umum. Berdasarkan temubual, pemerhatian di lapangan dan kajian kepustakaan didapati bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 menyebabkan berlakunya perubahan bilangan pemilih secara keseluruhan, perubahan bilangan pemilih mengikut kaum, perubahan kedudukan dan pertambahan serta pengurangan daerah mengundi, pertambahan kerusi DUN/konstituensi, perubahan kedudukan DUN dalam kawasan Parlimen dan memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya. Persempadanan semula menyebabkan DUN Kajang dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu DUN Kajang dan DUN Bangi dan digunapakai dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008. Persempadanan semula tersebut juga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum 2004 di kawasan kajian dengan memberi kelebihan kepada parti peneraju Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu Barisan Nasional (BN) namun ia berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Justeru, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 dan pola pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Bangi pada pilihan raya umum (PRU) 2008.

Reference
  • 1. Amer Saifude Ghazali. 2009. Geografi pilihan raya Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    2. Brown, G. K. 2005. Playing the (non) ethnic card: The electoral system and the ethnic voting patterns in Malaysia. Ethnopolitics. 4(4): 429-445.
    3. Glassner, M. I. 1993. Political geography. Connecticut, USA: John Wiley & Sons, Inc.
    4. Grofman B. 1990. Political gerrymandering and the courts. New York: Agathon Press.
    http://www.gerrymandering.senategop.net/historygerry.html.
    5. Ismail Kassim. 1979. Race, politics and moderation: A study of the Malaysian electoral. Kuala Lumpur: Times Books.
    6. Johnston, R.J. 1972. Spatial Elements in Voting Patterns at the 1968 Christchurch City Council Election, Political Science. 24(1): 49‐61.
    7. Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor 1994. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    8. Lembaran Peta Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    9. Lim Hong Hai. 2003. The Delineation of Peninsular Electoral Constituencies: Amplifying Malay and UMNO Power dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu. 2003. New politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast ASIAN Studies.
    10. Mohd Sayuti Omar. 2004. Pilihan raya 2004 satu tragedi. Kuala Lumpur: Penerbitan Tinta Merah.
    11. Ong Kian Ming. 2005. Electoral Delimitation: A Case Study Of Kedah. Dlm. Mavis Puthucheary & Norani Othman. Election and Demaocracy in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    12. Perlembagaan Persekutuan. 1997. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.
    13. R.S Milne dan Diane K.Mauzy. 1982. Politik dan kerajaan di Malaysia. Petaling Jaya: Leeds Publications.
    14. Riduan Mohamad Nor. 2008. Analisis pilihan raya umum ke-12: Makkal sakhti 2008. Kuala Lumpur: Jundi Resources.
    15. Rosmadi Fauzi, Aziz Shafie, Amer Saifude Ghazali, Zulkarnain Abdul Rahman & Mohammad Redzuan Othman. 2011. Elemen Ruangan dalam Politik Malaysia Menjelang Pilihan Raya Umum 13. Seminar Politik Malaysia. 12 Januari 2011, UiTM Shah Alam.
    16. Salleh Buang. 1997 (edt) Tun Mohd Salleh Abas. Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    17. Sothi Rachagan. 1993. Law and the electoral process in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malay Press.
    18. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1994. Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengenai Ulangkaji dan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu Jilid 1-syor 1994. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    19. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1995. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Ke 10. 1995. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    20. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2003 Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengenai Ulangkaji dan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihanraya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu Jilid 1-syor 2003. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    21. Pilihan Raya Malaysia. 2004. Laporan Statistik Kaum, Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Ke11. 2004. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
    22. Toh Kin Won. 2003. Machang Bubuk: Change Ini Voting Patterns, 1995-1999 dlm Francis Loh Kok Wah & Johan Saravanamuttu. 2003. New politics in Malaysia. Singapore: Institute of Southeast ASIAN Studies.
    23. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 2010. Evolusi Parlimen dan evolusi speaker Parlimen Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.