Gaya hidup belia bandar: berjimat, bergaya atau kelangsungan hidup
List of Authors
  • Norshuhada Bukhari , Zaimah, R.

Keyword
  • Gaya hidup, berjimat, bergaya, kelangsungan hidup, belia bandar

Abstract
  • Aktiviti berbelanja di bandar menjadi semakin mencabar kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pilihan gaya hidup mengikut kemampuan dan kehendak setiap individu. Keadaan ini seterusnya membuatkan belia di bandar perlu memilih sama ada hendak menjalani gaya hidup berjimat, bergaya atau sekadar kelangsungan hidup. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti gaya hidup belia bandar. Selain itu, kajian juga menganalisis perbandingan gaya hidup belia bandar dengan beberapa demografi terpilih. Gaya hidup dalam kajian ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu berjimat, bergaya dan kelangsungan hidup. Pendekatan kuantitatif diaplikasikan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian adalah golongan belia yang menetap di bandar Kajang yang berumur 18 hingga 40 tahun. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengutipan data. Kajian berjaya mendapatkan seramai 131 belia sebagai responden. Analisis data secara deskriptif digunakan bagi menjelaskan keseluruhan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa belia bandar lebih mementingkan gaya hidup berjimat dan kelangsungan hidup berbanding gaya hidup bergaya yang mengikut trend semasa. Hal ini menunjukkan belia bandar mempunyai kesedaran dalam menguruskan kewangan mengikut tahap pendapatan dan kemampuan mereka. Hasil kajian turut mendapati terdapat perbezaan gaya hidup belia bandar berbanding gender, umur, status perkahwinan dan tahap pendapatan. Implikasi kajian menyarankan agar belia bandar mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup berjimat demi kelangsungan hidup dan kesejahter-aan dalam tempoh jangka masa panjang.

Reference
  • 1. Abdul Rahman Embong. (2011). Pembandaran dan kehidupan bandar di semenanjung Malaysia. Akademika, 81(2), 23-39.
    2. Abdul Waheed, Syeda Shawana Mahasan & Moeed Ahmand Sandhu. (2014). Factor that affects consumer buying behavior: An analysis of some selected factors. MiddleEast Journal of Scientific Research, 19(5), 636-641.
    3. Azizan Bahari. (2010). Permasalahan sosial dalam kalangan pelajar: Keperluan kepada kerja sosial dalam pendidikan. Prosiding Seminar Kerja Sosial dalam Pendidikan. 10-11 Mei 2010, Sintok, Universiti Utara Malaysia.
    4. Bailey, K. D. (1987). Methods of Social Research (3rd Edition). New York: The Free Press.
    5. Boone, L. E. & Kurtz, D. L. (2011). Contemporary marketing. USA: South-Western Cengage Learning.
    6. Chua Yan Piaw. (2014). Asas statistik penyelidikan. Shah Alam: Mc-Graw Hill Education.
    7. Cox, J. & Dittmar, H. (1995). The functions of slothes and clothing (dis) satisfaction: A gender analysis among British students. Journal of Consumer Policy, 18(2/3), 237-47.
    8. Diana-Rose, F. & Zariyawati, M. A. (2015). Factors affecting youth bankruptcy in Malaysia. http://upmsage.upm.edu.my/wp-content/uploads/2017/04/paper2.pdf
    9. Flanagan, W. G. (2010). Urban sociology: Images and structure. UK: Rowman & Littlefield.
    10. Hanspal, Verma & Savita. (2000). Influence of lifestyles on consumers' buying behaviour. Paradigm, 4(2), 52-65.
    11. Hariaty Abu Hassan. (2000). Urbanisasi dan urbanisme. Dlm. Rahimah Abdul Aziz & Mohamed Yusoff Is-mail. Masyarakat, budaya dan perubahan. Bangi: Penerbit UKM.
    12. Kotler, P. & Armstrong, G. (2007). Principle of marketing. New Jersey: Prentice Hall.
    13. Kotler, P. (2003). Marketing management (11th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
    14. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). (2022). Portal rasmi Majlis Perbandaran Kajang. https://www.mpkj.gov.my/ms/pelawat/info-kajang.
    15. Malaysia. (1997). Dasar pembangunan belia negara. Putrajaya. https://www.kbs.gov.my/
    16. Malaysia. (2014). Laporan kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_publication&pg= bm_fspr &ac=10&lang=bm
    17. Malaysia. (2015). Laporan penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2014. https://www.dosm.gov.my/
    18. Malaysia. (2017). Cabaran kewangan isi rumah miskin bandar. https://www.bnm.gov.my/documents/20124///6270c638-a4e1-f3f6-2e85-f14ebb7641c1/
    19. Malaysia. (2018). Jabatan Insolvensi. Statistik kebankrapan sehingga Disember 2017. http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/aboutus/resources/statistics/bankruptcy/1233-bankruptcy-statistic-december2017
    20. Mohd Fauzi Hj. Fadzil. (2020). Merungkai kembali isu had umur belia di Malaysia. https://belia.org.my/wp/2020/08/21/merungkai-kembali-isu-had-umur-belia-di-malaysia/
    21. Muhammad Haji Muhd Taib. (1993). Melayu Baru. Kuala Lumpur: ITC Book Publisher.
    22. Naz, U. & Lohdi, S. (2016). Impact of customer self concept and life style on luxury goods purchases: A case of females of Karachi. Arabian Journal of Business and ar A Management Review, 6(2), 1-5.
    23. Nielsen. (2018). Malaysia consumer confidence stable in Q4 2017. Atas talian: https://www.nielsen.com
    24. Nooriah Yusof & Zakiyah Jamaluddin. (2018). Kos perbelanjaan perumahan dalam kalangan penduduk ka-wasan perumahan kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang. Akademika, 88(1), 167-179.
    25. Nur Jannah Bukhari, Kim Keum Hyun & Aida Idris. (2018). hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan harian bagi golongan belia melayu di Kuala Lumpur. Journal of Social Scinces and Humanities, 13(2), 024-035.
    26. Oliviera, G. M., Vodal, D. G. & Ferraz, M. P. (2020). Urban Lifestyles and Consumption Patterns. Sustainable Cities and Communities, 851-860. London: Springer.
    27. Penmann, S. & McNeil, L.S. (2008). Spending their way to adulthood: Consumption outside the nest. Young Consumer, 9(3), 155-169.
    28. Sabitha Marican. (2006). Penyelidikan sains sosial pendekatan pragmatik. Batu Caves: Penerbit Edusystem Sdn. Bhd.
    29. Schiffman, L., Hansen H. & Kanuk, L. 2007. Consumer behaviour: A European Outlook. London: Pearson Education.
    30. Williams, T. G. (2002). Social class influences on purchase evaluation criteria. Journal of Consumer Mar-keting, 19(3), 249-276.
    31. Yeniaras, V. (2016). Unpacking the relationship between materialism, status consumption and attitude to debt: The role of Islamic religiosity. Journal of Islamic Marketing, 7(2), 232-247.
    32. Zainudin Awang. (2014). Analyzing the mediating variable in a model. https://doi:10.13140/2.1.4267.2321
    33. Zainudin Awang. (2014). Research methodology and data analysis (2nd Ed.). Selangor: UiTM Press.
    34. Zukin, S. & Maguire, J. S. (2004). Consumers and consumption. Annual Review of Sociology, 30, 173-197.