Faktor kebergantungan industri terhadap pekerja asing di Malaysia
List of Authors
  • Azra Nuhairi Abdul Aziz , Suhana Saad

Keyword
  • Perkerja asing, levi, migrasi, majikan, industri

Abstract
  • Pekerja asing telah menjadi sebahagian dari tenaga kerja yang menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Kedatangan pekerja asing telah bermula dari tahun 70-dalam jumlah yang kecil namun kini telah meningkat kepada suatu bilangan yang besar. Namun begitu, isu kekurangan pekerja asing masih terus dibangkitkan oleh pihak industri. Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha dalam menambahbaik pengurusan pekerja asingnya bertujuan memenuhi keperluan industri di samping mengawal kebergantungan kepada pekerja asing. Kajian ini bertujuan meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kebergantungan pekerja asing di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kualitatif di mana sembilan informan yang mempunyai penglibatan di dalam pengurusan pekerja asing telah ditemu bual. Data hasil temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik menggunakan perisian NVivoTM Versi 12. Hasil analisa tematik telah mengenal pasti tujuh faktor yang mempengaruhi kebergantungan kepada pekerja asing. Faktor yang dikenal pasti ini ini diberikan rangking berdasarkan kekerapan melalui analisis pengekodan ‘coding query’ Faktor yang mendapat rangking tertinggi iaitu keberkesanan sistem kawalan kemasukan pekerja asing. Sistem sedia ada berkesan dalam mengawal bilangan pekerja asing yang digajikan tetapi tidak mampu mendorong industri meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi. Faktor-faktor lain juga memainkan peranan seperti warga tempatan yang memilih pekerjaan, pekerja asing komited dan senang diurus. Majikan dan industri juga cenderung kepada buruh murah, kurangnya usaha untuk mengajikan pekerja tempatan dan tidak mengutamakan penggunaan teknologi. Kerajaan juga dilihat kurang tegas dalam melaksanakan inisiatif mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing juga merupakan antara faktor yang dikenal pasti. Cadangan terbaru kerajaan bagi melaksanakan multi-tier levi dilihat sebagai suatu kaedah yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan mendorong industri untuk beralih kepada penggunaan teknologi.

Reference
  • 1. Anderson, J. T. (2020). Managing labour migration in Malaysia: foreign workers and the challenges of ‘control’ beyond liberal democracies. Third World Quarterly, 0(0), 1–19.
    2. Ang, J. W., Murugasu, A., & Wei, C. Y. (2018). Low-skilled foreign workers’ distortions to the economy. Bank Negara Malaysia, March, 10. https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/en/2017/cp01_001_box.pdf.
    3. Cornelius, Wayne A. & Tsuda, Takeyuki. (2002). Labor Market Incorporation of Immigrants in Japan and the United States: A Comparative Analysis. https://ccis.ucsd.edu/_files/wp50.pdf.
    4. Cornelius, Wayne A., Takeyuki Tsuda, Philip L. Martin, and James F. Hollifield. (2004). Controlling Immigration: A Global Perspective. https://www.researchgate.net/publication/26414639_Controlling_Illegal_Immigration_A_Global_Perspective_Cornelius_Wayne_A_Takeyuki_Tsuda_Philip_L_Martin_and_James_F_Hollifield/link/00b7d531c64aa75608000000/download.
    5. Czaika, M., & De Haas, H. (2013). The effectiveness of immigration policies. Population and Development Review, 39(3): 487–508. https://doi.org/10.1111/j.1728-4457.2013.00613.x.
    6. Cornelius, Wayne A. & Tsuda, T., Valdez, Z. (2002). Human Capital versus Social Capital: A Comparative analysis of Immigrant Wages and Labor Market Incorporation of Immigrants in Japan and the United States: A Comparative Analysis. https://www.researchgate.net/publication/5138311_Human_Capital_versus_Social_Capital_A_Comparative_Analysis_of_Immigrant_Wages_and_Labor_Market_Incorporation_in_Japan_and_the_United_States.
    7. Czaika, M., & De Haas, H. (2013). The effectiveness of immigration policies. Population and Development Review, 39(3), 487–508. https://doi.org/10.1111/j.1728-4457.2013.00613.x.
    8. Devadason, Evelyn S. (2021). Foreign labour policy and employment in manufacturing: the case of Malaysia. Journal of Contemporary Asia, 51(3), 398–418. https://doi.org/10.1080/00472336.2020.1759675.
    9. Devadason, Evelyn Shyamala, & Meng, C. W. (2014). Policies and laws regulating migrant workers in malaysia: a critical appraisal. Journal of Contemporary Asia, 44(1), 19–35. https://doi.org/10.1080/00472336.2013.826420.
    10. Hamzah, I.S. and Daud, S. (2018). Implikasi kemasukan pekerja asing di Malaysia: suatu tinjauan awal. Jurnal Sains Insani, 1(1), 69-77.
    11. Hollifield, J.F., Orrenius, P.M., Martin, P.L. (2014). Controlling Immigration: A Global Perspective. Stanford University Press.
    12. Gesa kerajaan permudah proses. (2014, Disember 20). Harian Metro. https://api.hmetro.com.my/node/17618
    13. Jordaan, J. A. (2018). Foreign workers and productivity in an emerging economy: The case of Malaysia. Review of Development Economics, 22(1), 148–173. https://doi.org/10.1111/rode.12334.
    14. Mohammed Hamza Momade et. al. (2019). Construction labour productivity: review of factors identified. International Journal of Construction. 22(3), 1-13. https://www.researchgate.net/journal/International-Journal-ofConstructionManagement-1562-3599.
    15. Malaysia Economic Monitor. (2015). Immigrant labour. https://documents1.worldbank.org/curated/en/753511468197095162/pdf/102131-WP-P158456-Box394822B-PUBLIC-final-for-printing.pdf.
    16. Mohd Na’eim Ajis, Mohamad Faisol Keling, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan & Zawiyah Mohd Zain. (2018). Kajian terhadap proses dan pendekatan dalam pembentukan dasar pekerja asing di malaysia. Journal of Sosial Sciennces and Humanities, 15(5), 48-65.
    17. Natter, K. (2018). Rethinking immigration policy theory beyond ‘western liberal democracies.’ Comparative Migration Studies. https://doi.org/10.1186/s40878-018-0071-9.
    18. Ramstetter, e. D. (2016). Experiences with foreign workers in Singapore and Malaysia: what are the lessons for Japan’s labor markets? http://id.nii.ac.jp/1270/00000103/.
    19. Kaji semula levi pekerja asing dibayar majikan. (2017, Disember 27). Utusan Malaysia. https://www.mef.org.my/MEFITN/Utusan171227a.pdf.
    20. Zarina Othman & Nor Azizan Idris. (2015). Migrasi dan Keselamatan. Dewan Bahasa & Pustaka.