Penguasaan Kemahiran Lisan Bakal Guru Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Masalah Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik
List of Authors
  • Mohamad Ikhmal Abdul Aziz

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) semasa pandemik sememangnya memberi cabaran yang getir kepada semua guru. Pelbagai masalah dan rintangan perlu dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dalam lapangan pendidikan, guru turut terkesan dengan keadaan ini dan perlu menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran bagi mengajarkan kemahiran berbahasa dengan lebih berkesan. Melihat pada permsalahan ini, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian bagi kemahiran lisan dalam kalangan bakal guru Bahasa Melayu. Teori Behaviorisme telah digunakan sebagai kerangka panduan meneliti tahap pengetahuan, kemahiran dan masalah pembelajaran dalam talian dala kajian ini. Penglibatan responen kajian adalah terdiri daripada 80 orang bakal guru Bahasa Melayu yang mengikuti program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Borang soal selidik secara dalam talian telah dibangunkan bagi mengumpulkan info daripada responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan ialah 4.48 dan nilai sisihan piawai ialah 0.697. Skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran pula ialah 4.53 dan 0.605. Akhir sekali, skor min keseluruhan dan sisihan piawai bagi masalah pelaksanaan pembelajaran dalam talian ialah 4.25 dan 0.793. Tuntasnya, bakal guru Bahasa Melayu dilihat bersedia untuk melaksanakan PdPDT dengan lancar walaupub terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran integrasi teknologi dalam proses pengajaran.


Reference
  • No Data Recorded