Motivasi Dan Sikap Sebagai Mediator Dalam Hubungan di Antara Keterlibatan Ibu Bapa Dan Prestasi Matematik
List of Authors
  • Murugan Rajoo, Ngien Hock Wuong, Nor Azah Samot @ Samat

Keyword
  • Sikap, Motivasi, Keterlibatan Ibu Bapa, Mediator

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pemboleh ubah motivasi pembelajaran, sikap terhadap matematik dan keterlibatan ibu bapa mempengaruhi prestasi matematik murid di Mukah. Selain itu, kajian ini juga menguji sama ada motivasi pembelajaran dan sikap terhadap matematik merupakan mediator terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dan prestasi matematik. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan digunakan ke atas 633 orang murid sekolah menengah Tingkatan Dua di Mukah, Sarawak dan data dianalisis melalui kaedah SEM-AMOS. Model sikap terhadap matematik mencapai kesepadanan dengan nilai Relative chi-Square = 2.747, CFI = .955, TLI = .952 dan RMSEA = .047 manakala Model motivasi pembelajaran mencapai kesepadanan dengan nilai Relative chi-Square = 4.217, CFI = .947, TLI = .941 dan RMSEA = .064. Selain itu, Model keterlibatan ibu bapa juga mencapai kesepadanan dengan nilai Relative chi-Square = 3.571, CFI = .911, TLI = .906 dan RMSEA = .057. Hasil analisis SEM-AMOS mendapati keterlibatan ibu bapa, motivasi pembelajaran dan sikap terhadap matematik masing-masing merupakan peramal yang signifikan dan berada pada tahap rendah (β = .31, P < .001), sederhana (β = .58, p < .001) dan tinggi (β = .63, P < .001) terhadap prestasi matematik. Selain itu, dapatan analisis daripada prosedur Bootstrapping juga mendapati bahawa sikap terhadap matematik merupakan mediator separa terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dan prestasi matematik dengan kesan tidak langsung (β = .33, p < .001) dan kesan langsung (β = .31, p < .001) manakala motivasi pembelajaran juga merupakan mediator separa terhadap hubungan antara keterlibatan ibu bapa dan prestasi matematik dengan kesan tidak langsung (β = .32, p < .001) dan kesan langsung (β = .31, p < .001). Kesimpulannya, keterlibatan ibu bapa, sikap terhadap matematik dan motivasi pembelajaran merupakan faktor yang mempengaruhi prestasi matematik di daerah Mukah, Sarawak. Hasil kajian membawa implikasi bahawa keterlibatan ibu bapa dapat meningkatkan prestasi matematik secara berkesan melalui sikap dan motivasi pembelajaran murid.

Reference
  • No Data Recorded