Cabaran dan implikasi adaptasi silang budaya pembantu rumah Indonesia (PRI) di Malaysia
List of Authors
  • Faridah Saad , Sabariah Mohamed Salleh

Keyword
  • Adaptasi, diskriminasi, pembantu rumah Indonesia, persepsi, stereotaip

Abstract
  • Pekerja asing yang bekerja di luar negara sering kali berhadapan dengan cabaran dan kesulitan kerana perbezaan dengan budaya asal mereka. Ini memberi kesan dan implikasi kepada mereka semasa bekerja terutama dalam aktiviti berinteraksi dengan silang budaya. Perbezaan budaya dalam aktiviti komunikasi ada-lah sukar dan boleh menghalang mesej serta pemahaman makna kepada dua budaya. Justeru makalah ini men-eroka cabaran dan implikasi yang di hadapi oleh pembantu rumah Indonesia semasa bekerja di Malaysia. Kajian ini berpandukan pengalaman pekerja asing dalam bidang domestik berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas yang menekankan proses penyesuaikan diri memerlukan jangka masa yang panjang terhadap sebuah budaya baharu. Mekanisme kajian melihat cabaran dan implikasi yang wujud semasa bekerja boleh meng-ganggu tahap prestasi kerja. Kaedah kualitatif menerusi temubual mendalam telah dilaksanakan ke atas tujuh informan terdiri daripada pembantu rumah Indonesia. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema berkaitan cabaran dalam komunikasi silang budaya iaitu persepsi, stereotaip, ethnosentrisme dan diskriminasi. Kesemua cabaran ini dilihat menghalang kelancaran mengadaptasi budaya baharu sekaligus membentuk implikasi sep-erti keresahan, berprasangka dengan budaya baharu, menjadi rendah diri dan sekaligus sukar untuk me-nyesuaikan diri dengan budaya tersebut. Penulis berpendapat kaedah temubual mendalam ini sesuai untuk meneroka luas pengalaman pekerja asing yang berhadapan dengan cabaran dalam konteks silang budaya pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Ahmad, A. L. (2022). Peranan dan impak agama dalam adaptasi antarabudaya pelajar muslim Malaysia di United Kingdom. Jurnal Komunikasi, 36-3. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/42356
    2. Ajis, M. N. E., Keling, M. F., Zakuan, U. A. A., & Zain, Z. M. (2018). Kajian Terhadap Proses Dan Pendekatan Dalam Pembentukan Dasar Pekerja Asing Di Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 15(5), 48-65.
    3. Anuar, M. F., & Huda, M. I. M. (2022). Implikasi Dasar Pengurusan Warga Asing Di Malaysia. Jurnal Sains Sosial dan kemanusiaan, 19(2), 71-95.
    4. Cresswell, J. W. (2013). Educational Research: Planning, conducting, and evaluating qualitative or quanti-tative research (4th ed). NJ Pearson Education
    5. Habibullah, M. S., Saari, M.Y., Din, B., Safuan, S., & Utit, C. (2021). Tindakbalas Pasaran Buruh terhadap Langkah Sekatan semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia: Satu Catatan Empirik. Jurnal ekonomi Malaysia, 55(1). https://doi.org/10.17576/JEM-2021-5501-3
    6. Hamzah, I. S., Daud, S., & Idris, N. A. (2016). Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia. Geografia, 12(9), 11-23.
    7. Ibnu, I. N. B., & Ahmad. A. L. (2017). Kajian Adaptasi Budaya Peserta Malaysia. Jurnal Komunikasi: Ma-laysian Journal of Communication, 3(1), 475-486.
    8. Jabatan Imigresen Malaysia. (2022, Oktober 22). Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI. Jab-atan Imigresen Malaysia.
    9. Jonnadi, A., Amar, S., & Aimon, H. (2012). Analisis pertumbuhan ekonomi dan kemiskinan di indonesia. Jurnal Kajian Ekonomi, 1(1), 149-164.
    10. Kassim. A. (2014). Recent trends in transnational population inflows into Malaysia: Policy, issues and chal-lenges. Malaysian Journal of Economic Studies, 51(1), 9-28.
    11. Kim, Y. Y. (2000). Becoming Intercultural: An Intergrative Theory of Communication and Cross-Cultural Adaptation. Sage Publications.
    12. Patton, D. B., & Blaine, T. W. (2001). Public Issues Education: Exploring Extension’s role. Journal of Exten-sion, 39(4).
    13. Rashid, T. A., Yusof, F., Jailani, A. I., & Aziz, T. N. R. A. (2018). Dasar-dasar persefahaman Malaysia dan Indonesia dalam melindungi tenaga kerja asing. Journal of Law & Governance, 1(1), 91-100.
    14. Ridaryanthi, M. (2021). Komunikasi dalam Adaptasi Antara Budaya Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 21-36. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.743
    15. Saad, F., & Ahmad, A. L. (2021). Pengalaman Adaptasi Silang Budaya Pembantu Rumah Indonesia (PRI) di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 37(3), 93-110.
    16. Salleh, S. M., & Hussin, S. K. (2017). Tekanan Akulterasi Pelajar Malaysia di luar negara. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 340-355.
    17. Shariffadeen, T. S. A. T. M. (2018). Examining intercultural differences in close friendship maintenance on facebook: A relational dialectics perspective. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communica-tion, 34(3), 131-149.
    18. Suryandari Y. R., Jaafar M. N., & Hamzah. N. H. (2014). Mengantarabangsakan ruang pendidikan tinggi Malaysia: Pengalaman sosio-budaya pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia. Geo-grafia - Malaysian Journal of Society and Space, 10(3), 60-72.
    19. Wangka, V. (2017, February 14). Kekerasan Ekonomi Perempuan Pekerja Rumah Tangga Migran: Kajian Kebijakan Penempatan PRT Migran di Hong Kong. Wacana Feminis. https://www.jurnalperempuan.org/wacana-feminis/category/all/5
    20. Young Y. K., & Gudykunst W.B. (Eds.). (1988). Cross-Cultural Adaptation: Current Approaches. Sage Publications.
    21. Yin, R. K. (2014). Case Study Research Design and Method (5th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage 282 Pages.
    22. Zaw, H. T. (2018). The impact of social media on cultural adaptation process. Study on Chinese Government Scholarship Students: Advances on Journalism and Communication, 6, 75-89. https://www.scirp.org/journal/paperinformation.aspx?paperid=87316