Penggunaan Model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik Murid Masalah Pembelajaran
List of Authors
  • Norshidah Mohd Salleh

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Murid masalah pembelajaran (MMP) didapati menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan pengetahuan asas matematik dalam penyelesaian masalah matematik. Model

    Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) adalah model gaya pembelajaran yang efektif dalam proses pembelajaran murid. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan adalah untuk mengenalpasti

    keberkesanan Model VAK terhadap pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik. Sebanyak lima sampel kajian dari kelas dan sekolah yang sama dipilih bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen ujian pra-pos, ujian kecil dan rekod pencapaian sampel kajian digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian, pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK adalah memuaskan di mana 70% sampel kajian mendapat gred B dan 40% sampel kajian mendapat gred C. Pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik telah meningkat selepas intervensi model VAK selama lima minggu. Sampel kajian yang mendapat gred A dan gred B adalah sama banyak iaitu 40% berbanding dengan 20% sampel kajian yang mendapat gred C. Keseluruhan min permakahan bagi semua sampel kajian pula meningkat daripada 63.2 ke 73.6 pada akhir ujian pos. Ujian kecil yang dijalankan pada setiap minggu intervensi model VAK telah menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian markah sampel kajian juga memerlukan usaha sampel kajian sendiri. Kesimpulannya, model VAK membawa impak positif kepada pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik. Segala dapatan kajian ini berharap dapat dijadikan kaedah alternatif dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi meninggikan minat dan efisiensi pembelajaran murid dalam subjek matematik mahupun subjek yang lain..


Reference
  • No Data Recorded