Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Usahawan Inap Desa Di Melaka
List of Authors
  • Siti Zahrah Salihan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Inap desa ialah istilah bagi rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat atau kawasan yang kecil dan terpencil serta tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Kewujudan inap desa semakin berkembang dan bertambah di setiap kawasan di negara kita. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan usahawan inap desa di sekitar Melaka. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap layanan di inap desa dan mengenalpasti tahap kemudahan yang disediakan oleh usahawan inap desa. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap harga yang ditawarkan di inap desa. Seramai 337 orang pelanggan inap desa telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 22.0) dengan mengambil kira nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap layanan di inap desa   adalah tinggi dengan skor min keseluruhan 4.13 dan tahap kemudahan yang disediakan di inap desa juga skor min keseluruhan yang tinggi iaitu 3.9. Manakala tahap harga yang ditawarkan di inap desa adalah juga tinggi nilai skor min dengan 4.1. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan usahawan inap desa adalah di tahap yang tinggi. Kajian ini turut mengemukakan beberapa langkah dan cadangan kepada pihak yang terlibat untuk terus membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan inap desa.


Reference
  • No Data Recorded