Lakuan bahasa arahan Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB: kajian kes Blog Chedet.cc
List of Authors
  • Abd Ganing Laengkang , Rohaidah Haron

Keyword
  • Lakuan Bahasa, lakuan arahan, Mahathir Mohamad, Blog Chedet.cc, dan 1MDB

Abstract
  • Kajian ini merupakan analisis lakuan bahasa arahan terhadap artikel Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB. Lakuan bahasa arahan ialah ujaran yang meminta seseorang untuk melakukan sesuatu. Kerangka teori J.L Austin (1962) dan Searle (1979) digunakan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk arahan yang dilakukan oleh Mahathir. Sebanyak 40 artikel tentang 1MDB dalam blog chedet.cc yang diterbitkan antara tahun 2014 hingga 2018 dipilih untuk dianalisis. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif, iaitu analisis kandungan. Persoalan kajian ialah apakah bentuk-bentuk dan fungsi lakuan arahan yang kerap digunakan oleh Mahathir dalam isu 1MDB. Analisis mendapati sepuluh lakuan arahan dalam kritikan tersebut, iaitu lakuan desakan, cadangan, larangan, seruan, harapan, permintaan, nasihat, mencabar, menjemput, dan doa. Jumlah ujaran keseluruhan adalah sebanyak 128 kali dan lakuan desakan mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 72 ujaran (56.25%). Jumlah ini lebih separuh daripada jumlah keseluruhan lakuan arahan. Tempat kedua tertinggi ialah lakuan cadangan, sebanyak 17 ujaran (13.28%), kemudian lakuan larangan 12 ujaran (9.3%). Lakuan lain mencatatkan kekerapan di bawah sepuluh ujaran. Kajian ini merumuskan bahawa Mahathir banyak melakukan desakan terhadap pihak pengurusan 1MDB, sama ada mendesak Mohd Najib meletak jawatan, mendesak untuk memberi penjelasan, dan mendesak wakil rakyat Barisan Nasional untuk menjatuhkan Mohd Najib. Kesimpulannya, lakuan arahan sepanjang empat tahun tersebut menunjukkan sikap konsisten Mahathir dalam mendesak pihak pengurusan 1MDB. Dalam konteks bahasa, kajian ini memperlihatkan hubungan rapat antara tindakan arahan dengan negarawan dalam menyuarakan isu negara yang serius. Selain itu, kajian lakuan ini memberikan perkembangan baharu dalam ilmu linguistik dan meluaskan dimensi terhadap tindakan dan strategi negarawan dalam mengawal pemerintahan.

Reference
  • 1. Alfiyani, N. S., & Asep, P. Y. U. (2020). Analisis tindak tutur direktif pada ceramah Ustadz Abdul Somad edisi tanya jawab kajian musyawarah bersama artis hijrah. Estetik: Jurnal Bahasa Indonesia, 3(2), 119–134.
    2. Amir, J., & Zaitul, A. Z. H. (2015). Penggunaan lakuan pertuturan dalam mesyuarat. Jurnal Linguistik, 19(1), 48–057.
    3. Athraa, A. M., & Mahmood, A. D. (2022). Directive speech acts in Muslim Eid and Christian easter sermons: A syntactic and pragmatic study. Al-Adab Journal, 2(141), 27–48.
    4. Austin, J. L. (1962). How to do things with words. Oxford University Press.
    5. Christine, E. (2021). Convergence and divergence in two historical varieties of English: Pragmalinguistic strategies in commissive and directive speech acts in Scottish and English Letters (1500-1700). Anglistik: International Journal of English Studies, 32(1), 115–138.
    6. Cipto, W. (2017). Directive speech acts performed in Khutbah (Islamic Friday Sermon). Advances in Social Science, Education and Humanities Research, Ninth International Conference on Applied Linguistics, 82(9), 224–227.
    7. Febrina, R. P., Ngusman, A. M., & Abdurahman. (2014). Kesantunan berbahasa dalam tindak tutur direktif guru pada pembelajaran bahasa Indonesia di SMA Negeri 15 Padang. Jurnal Bahasa, Sastera dan Pembelajaran, 2(1), 87–98.
    8. Goddard, C. (2002). Directive speech acts in Malay: An ethnopragmatic perspective. Journal Open Edition, 38, 113–143.
    9. Hadher H. A. A., Thomas C. V. F., Shaik A.M. M. I., & Esbah, S. A. (2012). Offering as a comissive and directive speech act: Consequence for cross-cultural communication. International Journal of Scientific and Research Publications, 2(3), 1–6.
    10. Harun, J. P., Miftakhul, H., Nabilatul, I., Ermanto, E., Havid, A., Giyoto, G., & Norazmie, Y. (2021). Politeness of directive speech acts on social media discourse and its implications for strengthening student character education in the era of global education. Asian Journal of University Education, 17(4), 179–200.
    11. Lia K. N., & Muhammad, A. (2022). Directive speech acts analysis in teacher and student interaction during thematic learning in elementary school. Jurnal Penelitian dan Pengembangan Pendidikan, 6(2), 286–294.
    12. Luria A. R. (2015). The directive function of speech in development and dissolution. The Journal of the International Linguistic Association, 5(2), 341–352.
    13. Rochmat, B. S., Joko, N., Nasharuddin, B., & Sumarlan. (2016). Pragmatic study of directive speech acts in stories in al-Quran. Advances in Language and Literary Studies, 7(5), 78–84.
    14. Roswati, A. R., Nurul H. M., Ahmad, S. K., Mohd, Y. I., Che H. C. N., Nurul A. C., & Masutani, S. (2021). The use of Japanese language directive speech acts by Malaysian tour guides. Journal of Nusantara Studies, 6(2), 358–378.
    15. Searle, J. R. (1979). Expression and meaning. Cambridge University Press.
    16. Searle, J. R. (1969). Speech Act. Cambridge University Press.
    17. Sofia, M., Rustono, R., & Awalya, A. (2018). Teachers’ directive speech in character building values in learning and teaching activities at SDN 05 Kebondalem Pemalang. Journal of Primary Education, 7(1), 96–102.
    18. Sri, W., Harun, J., Eko, P., Ani, R., & Erry, W. K. (2019). Tindak Tutur direktif wacana berita online: Kajian media pembelajaran berbasis teknologi digital. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 2(2), 11–129.
    19. Yulianti, W., & Cucu, S. (2015). Directive speech acts realization of Indonesian EFL teacher. Journal of English Education, 3(2), 223–229.
    20. Zanariah, I., Maslida, Y., & Karim. H., (2017). Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu, 16(2), 163–178.