Pembelajaran berasaskan inkuiri menggunakan model 5E dalam kursus pengurusan pusat sumber: Kekuatan dan cabaran
List of Authors
  • Mahamsiatus Kamaruddin , Rabahyah Mohd Tahir

Keyword
  • pembelajaran berasaskan inkuiri, model 5E, Pengurusan Pusat Sumber

Abstract
  • Kertas kerja ini membincangkan kekuatan dan cabaran mengaplikasi pembelajaran berasaskan inkuiri menggunakan model 5E dalam pelaksanaan salah satu tugasan pentaksiran berterusan di mana pelajar (siswa guru) perlu merangka cadangan program untuk pusat sumber sekolah masa hadapan yang mengambil kursus elektif terbuka Pengurusan Pusat Sumber. Pembelajaran berasaskan inkuiri telah dipromosikan secara meluas dalam domain pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan menarik secara intuitif sebagai pendekatan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus ini. Hal ini kerana dalam semester pengajian pelajar, wujud cabaran berkaitan mengaplikasi pembelajaran berasaskan inkuiri secara retrospektif dan prospektif, memandangkan pelajar mempunyai masa yang singkat (semester pendek) untuk menyelesaikan kursus ini seperti mana ketetapan pada jadual akademik selain berlaku perubahan mod PdP daripada segerak kepada tidak segerak pada pertengahan semester pengajian, justeru penularan pandemik. Kajian ini dilakukan secara analisis kandungan dengan meneroka pandangan pelajar berkaitan aspek kelebihan dan cabaran mengaplikasi PdP berasaskan inkuiri menggunakan model 5E dalam menyiapkan tugasan kerja kursus yang dijalankan. Dapatan menunjukkan, pelajar paling bersetuju PdP inkuiri dapat memberi panduan kepada mereka dalam pelaksanaan tugasan dengan lebih jelas, pelajar berupaya meneroka skop tugasan dengan lebih tepat, selain dapat menjadikan tugasan pelajar dilaksana lebih sistematik, berkualiti dan kreatif. Manakala antara cabaran kebanyakan pelajar paling bersetuju adalah mereka memerlukan lebih masa memahami konsep 5E bagi yang pertama kali menggunakan serta merasakan penggunaan model menyebabkan pemikiran terikat dalam melaksana penyelesaian tugasan.

Reference
  • 1. Ayton, K., & Caprano, K. (2021). Students Lead the Charge Using Project-Based Learning with Pre-Service Teachers to Redesign a Curriculum Resource Center. Education Libraries, 44(1).

    2. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. (2019). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuri.

    3. Bakri, S., & Adnan, M. (2021). Effect of 5E Learning Model on Academic Achievement in Teaching Mathematics: Meta-analysis Study. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education, 196-204.

    4. Baldock, K., & Murphrey, T. P. (2020). Secondary Students' Perception of Inquiry-based Learning in The Agriculture Classroom. Journal of Agricultural Education, 61(1), 235-246. doi:https://doi.org/10.5032/jae.2020.01235

    5. Deram, S. T., & Ahmad, A. R. (2017). Pembangunan Model 5E Dalam Meningkatkan Kemahiran Pemikiran Sejarah. 2nd International Conference in Education and Regional Development. Bandung, Indonesia.

    6. Jerry, F. A., & Jamaludin, K. A. (2021). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendiidkan, 3(2), 386-400. Retrieved from http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

    7. Moseley, A., & Connolly, J. (2021, October). The use of inquiry-based learning in public administration education: Challenges and opportunities in the context of internationalization. Sage Journals, 39(3), 270-286. doi:https://doi.org/10.1177/0144739420935971

    8. Northern, S. (2019). The 5E's of Inquiry-Based Learning. Retrieved from American Association of School Librarians AASL: https://knowledgequest.aasl.org/the-5-es-of-inquiry-based-learning/

    9. Ong, E. T., Govindasamy, D., Singh, C. K., Ibrahim, M. N., Wahab, N. A., Borhan, M. T., & Tho, S. W. (2021). The 5E Inqury Learning Model: Its Effect on The Learning of Electricity Among Malaysian Students. Cakrawala Pendidikan, 40(1), 170-182. doi:doi:10.21831/cp.v40i1.33415

    10. Othman L. (2017). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris .

    11. Yuksel, I. (2019). The Effects of Research-Inquiry Based Learning on The Scientific Reasoning Skills of Prospective Science Teachers. Journal of Education and Training Studies, 7(4). doi:https://doi.org/10.11114/jets.v7i4.4020