Pengurusan Risiko Perniagaan Dalam Kalangan Usahawan Belia Mikro di Pulau Pinang
List of Authors

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengurusan Risiko Perniagaan merupakan sebahagian daripada amalan dalam  perniagaan yang menjadi prasyarat untuk berjaya dalam dunia keusahawanan. Risiko perniagaan ialah kebarangkalian berlaku sebarang peristiwa berkaitan perniagaan yang berupaya memberi kesan kepada matlamat perniagaan yang diusahakan. Disebabkan pengaruh risiko terhadap sesuatu perniagaan berkait rapat dengan saiz perniagaan, maka pengurusan risiko kurang diambil berat oleh usahawan mikro walaupun amalannya mengundang banyak manfaat berbanding kos terhadap perniagaan mereka. Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui amalan dalam pengurusan risiko perniagaan yang dilaksanakan oleh usahawan mikro dibawah kelolaan TEKUN Nasional di Pulau Pinang. Kajian ke atas 112 responden berstatus belia mendapati bahawa pengetahuan dan amalan usahawan mikro ini adalah pada tahap sederhana. Hanya sejumlah 64.3% yang mengamalkannya seperti menyediakan buku rekod kewangan dan mengemaskini maklumat pasaran. Hal ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan risiko perniagaan mereka perlu ditingkatkan agar impak perubahan yang berupaya memberi risiko kepada perniagaan dapat dikurangkan. Justeru itu pelbagai inisiatif dan program kesedaran yang berterusan dalam meningkatkan amalan pengurusan risiko perniagaan dalam kalangan usahawan mikro belia perlu diberi perhatian serius kerana kewujudan bentuk-bentuk risiko baru seperti masalah  ekonomi dan kesan pandemic Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini berupaya di urus dan ditangani.


Reference
  • No Data Recorded