Ramai murid tidak melakukan jalan pengiraan dengan baik apabila membincangkan penyelesaian masalah berayat matematik. Pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam menyelesaikan masalah termasuklah model bar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan model bar dalam menyelesaikan matematik masalah berayat pecahan. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 8 orang murid tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan kategori pendalaman 1 di sebuah daerah negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Responden kajian menggunakan kaedah model bar untuk menyelesaikan permasalah kajian iaitu masalah berayat topik pecahan. Kajian ini merupakan kaedah kuantitatif menggunakan set ujian pra dan ujian pos. Ujian dibuat berdasarkan Model Polya yang melibatkan empat peringkat iaitu memahami masalah, merancang strategi,melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian. Kaedah menganalisis data menggunakan peratus dan kekerapan. Hasil analisis data mendapati lapan orang responden kajian ini menguasai masalah berayat topik pecahan iaitu daripada perbandingan penguasaan dalam ujian pra dan ujian pos.