Punca Pengangguran dalam Kalangan Belia Luar Bandar di Sarawak
List of Authors
  • Dayangku Aslinah Abd. Rahim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca pengangguran dalam kalangan belia di kawasan luar bandar. Kawasan yang dipilih ialan Kampung Tian di daerah Matu yang terletak di negeri Sarawak, negeri yang paling luas di Malaysia. Seramai 50 responden yang terdiri daripada golongan belia, berumur di antara 18 hingga 30 tahun yang menganggur di sekitar Kampung Tian, Matu, Sarawak telah berjaya menjawab soal selidik yang disediakan. Melalui hasil kajian, didapati terdapat beberapa punca mengapa berlakunya pengangguran di kalangan belia di kawasan ini. Punca pengangguran yang telah dikenalpasti ialah peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan yang terbatas, keengganan berhijrah ke tempat yang lebih banyak peluang pekerjaan, lemah dalam kemahiran berkomunikasi dan kurang pengalaman bekerja. Bukan itu sahaja, terdapat punca lain yang dikemukakan iaitu keenganan majikan memilih graduan baharu, keluarga yang mengharapkan anak bekerja dengan pihak kerajaan sahaja, terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit, bertanggungjawab menjaga ibubapa dan majikan memilih pekerja yang ada ikatan kekeluargaan sahaja. Dapatan ini menunjukkan terdapat punca yang pelbagai dalam masalah pengangguran dalam kalngan belia di Kampung Tian, Matu. Oleh yang sedemikian, peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha menangani isu pengangguran ini sama ada di pihak kerajaan dan berkuasa tempatan, syarikat persendirian, bukan kerajaan dan orang awam. Malah kesedaran kendiri juga diperlukan bagi mengubah tetapan minda para pencari kerja, keluarga dan juga majikan. Antara penyelesaian yang disyorkan ialah memperbanyakkan program/sijil kemahiran, memperbanyakkan peluang pekerjaan, menggalakkan menceburi bidang keusahawanan, menyediakan modal untuk memulakan perniagaan, mengadakan lebih banyak temuduga terbuka dan pendedahan kepada program kemahiran komunikasi yang berkesan.


Reference
  • No Data Recorded