Kecerdasan sosial dan emosi guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi pelajar
List of Authors
  • Khadijah Alavi , Lukman Abdul Mutalib , Rahim M. Sail

Keyword
  • Kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, guru cemerlang pendidikan Islam, prestasi pelajar

Abstract
  • Tujuan utama artikel ini disediakan untuk meneroka kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Metodologi kualitatif telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Temu bual mendalam telah dikendalikan dengan 12 guru cemerlang yang mengajar pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa guru cemerlang pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah para pelajar. Cabaran utama guru pendidikan Islam ialah motivasi pelajar melalui sentuhan rohani dan emosi. Kreativiti guru dan keperibadian guru cemerlang memainkan peranan besar dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa prestasi akademik dan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan melalui pendidikan Islam. Guru pendidikan Islam perlu menekankan kemahiran kecerdasan emosi dan sosial supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lebih berkesan, lancar dan dapat menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.

Reference
  • 1. Ambron, S,R. 1981. Child Development. New-York: Holt Rinehart and Winston.
    2. Boyatzis, R.E. 2008. A Twenty Year View of Trying to Develop Emotional, Social and Cognitive Intelligence Competencies in Graduate Management Education. Journal of Management Development, 27(1), 92-108.
    3. Boyatzis, R.E. & Oosten, E.V. 2003. Developing Leaders with Emotional Intelligence and The Emotionally Intelligent Organization, To appear in Roderick Millar (ed.). International Executive Development Programmes, 7th Edition. London: Kogan Page Publishers.
    4. Gardner, H. 1983. Frames of mind. The theory of multiple intelligences. New York: Basic.
    5. Goleman, D. 1995. Emotional Intelligence : Why It Can Matter More Than IQ. New York: Bantam Books.
    6. Gould, S. J. 1994. The Mismeasure of Man: Revised edition. New York: W.W. Norton & Co.
    7. Mohd Azhar Abd. Hamid 2004. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
    8. Morgan, C.T. & King, R. 1975. An Introduction to psychology. McGraw-Hill Kogakusha, Japan.
    9. Singh Dalip. 2003. Emotional Intelligence at Work: A Professional Guide. New Delhi: Sage Publications. York : Bantam Book.
    10. Yunus bin Yusof. 2005. Kecerdasan Emosi. Jurnal Akademik. Jabatan Hal Ehwal Pelajar: 1-21.