Operasi asas merupakan satu konsep terpenting dalam Matematik yang seharusnya dikuasai oleh semua murid kerana konsep ini akan diaplikasikan sepanjang hayat pembelajaran mereka. Kegagalan menguasai kemahiran operasi asas khususnya operasi tolak merupakan satu masalah global dalam dunia pendidikan Matematik terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula murid Tahun 1 dengan menggunakan kaedah “Geng 10â€. Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah di daerah Seremban. Ujian pra dan ujian pasca digunakan sebagai instrumen untuk menguji kemahiran murid dalam operasi tolak dengan pengumpulan semula. Dapatan kajian mendapati kemahiran menolak murid serta sikap mereka terhadap pembelajaran Matematik semakin meningkat setelah intervensi ini dijalankan. Justeru kaedah ini boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada guru untuk meningkatkan kemahiran murid dalam operasi tolak yang melibatkan teknik pengumpulan semula.