Konflik diri dan citra wanita dalam teks Sulalatus Salatin @ sejarah Melayu
List of Authors
  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi , Norazimah Zakaria

Keyword
  • wanita, citra wanita, psikoanalisis, konflik diri, freud

Abstract
  • Salah satu daripada teks magnum opus Melayu iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya historiografi Melayu. Sulalatus Salatin bukan sahaja merakam susur galur keturunan raja-raja Melayu tetapi mempunyai banyak peristiwa dan kisah watak wanita di dalamnya. Citra wanita merupakan salah satu tajuk yang menarik untuk dikaji kerana watak-watak ini mengalami pelbagai konflik kerana sistem feudal yang mendasari pengkisahan teks ini. Citra watak wanita boleh dilihat melalui unsur konflik yang dialami mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak-watak yang mengalami pertembungan konflik diri dan kedua menganalisis konflik diri watak wanita pilihan melalui teori psikoanalisis. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks digunakan sebagai medium untuk menganalisis citra wanita melalui konflik diri yang dialami watak-watak wanita tersebut. Teori psikoanalisis aliran Freud ini akan digunakan bagi menghuraikan pelbagai jenis konflik diri yang dialami watak wanita yang diketengahkan oleh pengarang dalam teks Sulalatus Salatin. Hasil kajian memperlihatkan konflik diri watak wanita itu berdasarkan prinsip struktur personaliti manusia yang mempunyai tiga elemen yang diperkenalkan oleh Freud iaitu id, ego dan superego. Kesimpulan daripada analisis kajian menunjukkan citra wanita pada zaman feudal amat berbeza dengan citra wanita pada zaman kini dan setiap daripada watak wanita tersebut mengalami konflik diri yang pelbagai sehingga ada yang mampu mengundang kejatuhan sesebuah sistem politik negara.

Reference
  • 1. Ab. Rahman Ab. Rashid et. al. (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

    2. Aziz, N. S. A., & Zakaria, N. (2021). “Kajian Awal Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Multimedia Dalam Pembelajaran Teks Sulalatus Salatin” in Journal of Modern Education, 3(8), 167-181. DOI: 10.35631/IJMOE.380014

    3. Fatimah Daud. (1992). Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

    4. Freud & Danarto, A. (2002). Peradaban dan kekecewaan-kekecewaan. Yogyakarta: Penerbit Jendela.

    5. Freud & Winarno. (2002). Kenangan masa kecil Leonardo da Vinci. Yogyakarta: Jendela.

    6. Freud. (2001). Tafsir mimpi. Yogyakarta: Penerbit Jendela.

    7. Fromm & Danarto, A. (2002). The art of listening: Kritik atas psikoanalisis Sigmund Freud. Yogyakarta: Jendela.

    8. Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur Dewan Pustaka dan Bahasa.

    9. Hashim Awang. (1987). Glosari Mini Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

    10. Kamus Sastera Melayu Terkini. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

    11. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2008). Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    12. Mawar Safei. (1995). Tendensi Personaliti dalam Cerpen Anwar Ridhwan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Jabatan Persuratan Melayu

    13. Mana Sikana. (1998). Asas Menganalisis Sastera. Shah Alam: Fajar Bakti.

    14. Mana Sikana. (1998). Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

    15. Mana Sikana. (2015). Membina Kesarjanaan Sastera. Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.

    16. Mana Sikana. (2015). Koleksi Teori Sastera. Bangi: Pustaka Karya.

    17. Mohd Makzan Musa. (1997). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

    18. Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Lajiman Janoory, Mohd Amir Mohd Zahari and Abdul Halim Ali. (2021). “Author’s Ethics In The Writing Of Traditional Malay Literature” in Psychology And Education, 58(2): 2497-2506

    19. Razali Mat Zin. (1989). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    20. Siti Zahidah Zakaria & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2015). “Konflik dalam Cerita Rakyat dan Kesannya Kepada Kanak-Kanak” dlm Pendeta Jurnal Bahasa, Pendidikan Sastera Melayu. Vol. 5, issue 1.

    21. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. (1986). A Samad Ahmad (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    22. Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali. (2005). Novel-novel Hamzah Hussain: Kajian watak dari sudut psikologi. Disertasi sarjana tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    23. Yusrinawati Yusof (2009). Konflik Wanita Dalam Novel Hujan Sudah Teduh Karya Zaharah Nawawi Berdasarkan Teori Psikoanalisis Aliran Freud. Latihan Ilmiah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    24. Yurni & Nelson, B. (2003). Freud: Manusia paling berpengaruh abad ke-20. Surabaya: Ikon Teralitera.

    25. Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu. (1996). A.Samad Ahmad (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    26. Zakaria, Norazimah et al. (2018). “Sejarah Melayu Sebagai Lambang Tradisi Akal Budi Bangsa Yang Tinggi” dlm Jurnal Melayu Sedunia, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 191 – 209, sep. ISSN 2637-0751. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13389

    27. Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Harun, M., & Mohd, F. H. (2019). Mythical Elements Based on Traditional Malay Literature Text. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, (1997), 78–87. https://doi.org/10.35631/ijhpl.26007

    28. Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Harun, Nur Farahkhanna Mohd Rosli, Azhar Wahid and Ani Omar. (2020). “Malay Authors Strategies in Displaying the Intelligence of the Figures and Its Effects in Traditional Malay Literary Texts” in International Journal of Innovation, Creativity and Change. www.ijicc.net Volume 11, Issue 5

    29. Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., Alizah Lambri, Nordiana Hamzah and Normarini Norzan. (2019). “The Beauty And Benefits Of Proverbs As A Symbol Of The Mind” in Journal of Advance Research in Dynamical & Control Systems, Vol. 11, Special Issue-07

    30. Zakaria, N., & Hanapi, M. H. M. (2020). “Keindahan Simbol dan Makna dalam Pantang Larang Masyarakat Melayu”. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 3 (12), 01-12. DOI: 10.35631/IJMTSS. 312001

    31. Zakaria, N., Hanapi, M. H. M., Zahari, M. A. M., & Junaidi, R. (2021). “Ruang Lingkup Unsur Alam Dalam Mantera Melayu Dari Aspek Simbol Dan Makna” in International Journal of Creative Industries, 3 (6), 42-59. DOI: 10.35631/IJCREI.36004.

    32. Zakaria, N., Hanapi, M. H. M., & Abdullah, S. F. L. (2021). “Akhlak Pemimpin Berdasarkan Teks Sulalatus Salatin” in International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 4 (14), 16-27. DOI: 10.35631/IJHPL.414002.