Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Sejarah STPM di Kalangan Pelajar Semester 1, SABS Melalui Gampang Bermadu 2, 3.0
List of Authors
  • Hishamudin Ibrahim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi memantapkan kemahiran menulis esei Sejarah peringkat STPM. Seramai 18 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Semester 1 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kajian ini difokuskan kepada kemahiran penulisan esei sejarah yang terdiri daripada perenggan pendahuluan yang mengikut sistem pemerengganan, manakala bagi perenggan isi pula penekanan kepada penggunaan kata kunci serta penanda wacana yang tepat dan kemahiran menghuraikan isi, serta penulisan perenggan penutup yang sesuai bagi memenuhi piawai yang diperlukan dalam jawapan peperiksaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian diagnostik. Hasil menunjukkan pelajar kurang berkemahiran menghasilkan esei yang lengkap dan cemerlang. Seterusnya diperkenalkan kaedah “Gampang Bermadu 2” kepada pelajar secara berperingkat. “Gampang Bermadu 2” dipraktiskan dalam sesi latihan penulisan esei sejarah iaitu dalam tempoh empat bulan (Julai 2020 hingga Oktober 2020). Berdasarkan semakan tugasan, keputusan ujian formal dan diagnostic telah menunjukkan pelajar dapat menguasai dan meningkatkan kemahiran menulis esei sejarah mengikut keperluan peperiksaan STPM yang sebenar. Penggunaan “Gampang Bermadu 2” telah membolehkan pelajar memantapkan kemahiran penulisan esei sejarah STPM dengan baik.


Reference
  • No Data Recorded