Memperkasakan pengetahuan agama dalam kalangan remaja bermasalah tingkah laku: ke arah pembentukan akhlak remaja sejahtera
List of Authors
  • Fauziah Ibrahim , Khadijah Alavi , Mohd Suhaimi Mohamad , Noremy Md Akhir , Norulhuda Sarnon , Salina Nen

Keyword
  • pengetahuan agama, sahsiah, remaja, masalah tingkah laku, penyalahgunaan dadah

Abstract
  • Dalam usaha untuk menjulang imej dan kualiti hidup remaja, pembangunan remaja dari pelbagai aspek khususnya memperkasakan akhlak dan jati diri mereka seharusnya menjadi agenda utama negara. Pengetahuan dan didikan agama mampu menjadi perisai untuk menghalang mereka daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat dan merosakkan akhlak dan minda mereka. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan agama dalam kalangan remaja yang terlibat dengan masalah tingkah laku yang menyalahi undangundang negara dan kini sedang ditahan untuk rawatan pemulihan akhlak di tiga buah sekolah pemulihan akhlak terpilih di Malaysia. Kajian telah dijalankan bermula pada bulan Jun hingga Julai 2011 dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 200 orang remaja bermasalah akhlak berusia lingkungan umur 13-21 tahun telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak sistematik. Soal selidik kajian dibina sendiri hasil daripada literatur dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .63.Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan „SPSS for Windows‟ dan dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti remaja bermasalah akhlak yang terlibat dengan kajian ini menunjukkan mereka mempunyai tahap pengetahuan keagamaan pada tahap sederhana. Hasil kajian seterusnya dilihat mampu memberi sumbangan yang signifikan ke arah usaha membantu negara untuk mencari formula yang lebih strategik bagi tujuan memulihkan dan seterusnya memperkasakan sahsiah remaja dari segi akhlak dan moralnya berasaskan nilai-nilai keagamaan.

Reference
  • 1, Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan. Kuala Lumpur:McGraw Hill.
    2. Corcoran, J. & Nichols-Casebot, A. 2004. Risk and resilience ecological framework for assessment
    and goal formulation. Child and Adolescent Social Work Journal, 21, 211-235.
    3. Donahue, M. & Benson, E.L. 1995. Religion and the well-being of adolescents. Journal of Social Issues, 51(2), 145-160.
    4. Fauziah Ibrahim. 2009. Dadah dan Pembangunan Belia: Antara Cabaran dan Peranan. Nobaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (eds.). Belia dan Pembangunan Modal Insan. Penerbit UPM, Serdang Selangor.
    5. Francis, L.J. 1997. The impact of personality and religion on attitudes towards substance use among 13-15 year olds. Drug and Alcohol Dependence, 44(2-3), 95-103.
    6. Gorsuch, R. L. 1995. Religious aspects of substance abuse and recovery. Journal of Social Issues, 51(2), 65-83.
    7. Greenwald, S. 2000. Religiosity and Substance Use and Abuse Among Adolescents in the National Comorbidity Survey. Journal of American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, 39(9), 1190-1197.
    8. Hodge, D. R., Cardenas, P. & Montoya, H. 2001. Substance use: Spirituality and religious participation as protective factors among rural youths. Social Work Research, 25(3), 153-161.
    9. Jessor, R., Costa, F. M., Krueger, P. M. & Turbin, M. S. 2006. A developmental study of heavy
    episodic drinking among college students: The role of psychosocial and behavioral protective and risk factors. Journal of Studies on Alcohol, 67(1), 86-94.
    10. Johnson, B. R., Tomkins, R. B. & Webb, D. 2002. Objective hope: Assessing the effectiveness of faith-based organizations: A review of the literature. University of Pennsylvania Center for Research on Religion and Urban Civil Society, Research Report.
    11. Kogan, S. M., Luo, Z., Murry, V. M. & Brody, G. H. 2005. Risk and protective factors for substance use among African American high school dropouts. Psychology of Addictive Behaviors, 19(4), 382-391.
    12. Lowenthal, K.M. 2001. An Introduction to Psychological Tests and Scale. (2nd ed.) Psychology Press. Taylor & Francis Group.
    13. Mahmood, N.M., Nadiah Elias, Noor Azizah Ahmad, Saedon Awang & Ahmad Martadha. 1997. Kajian Gaya Hidup Remaja Negeri Kedah. Al-Bukhary Foundation, Kedah Islamic Development Foundation and Kedah Youth Council Research Grant: Contract Research Report, UUM-MBK.
    14. Mc Cullough, M.E. & Willioughby, L.B. 2006. Religion, Self-Regulation and Self Control: Association, Explanation and implication. Psychological Bulletin, 135(1), 69-93.
    15. Michelle, C., Thomas, R.M. & Sinyangwe, I.M. 1989. Adolescent Conceptions of„Moral”: Haiti The United Sates, & Zambia. Youth & Society, 21 (2).
    16. Poulson, R.L., Eppler, M.A, Satterwhite, T.N, Wuensch, K.L. & Bass, L.A. 1988. Alcohol Consumption, Strength of Religious Beliefs Aand Risky Sexual Behavior In College Students. Journal of American College Health, 46(5), 227-232.
    17. Robiah Kulop Hamzah, 2001. “Remaja Dan Pengurusan Diri”. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed. 1995. Pencemaran Budaya Remaja: Siapakah Yang Bertanggungjawab. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 18(1), 21-35.
    18. Sarina Othman. 1995. Menangani Masalah Bohsia, Moral dan Pendidikan. 7. ms. 48-50Smith, E. J. 2006. The strength-based counseling model. Counseling Psychologist, 34(1)13-79.
    19. Steinman, K.J. 2004. Religious activity and risk behavior among African American adolescents: Concurrent and developmental effects. American Journal of Community Psychology, 25(1), 117-122.
    20. Stylianou, S. 2004. The Role of Religiosity in the Opposition to Drug Use. International Journal of Offender Therapy & Comparative Criminology, 48(4), 429-448.
    21. Syarifah, M.N., Turiman, S., Syamsilah, R., Rahil, M., Haslinda, A., Ismi Arif, I. & Mursyid, A. 2010. Laporan Kajian Fenomena Merempit dan Potensi Remaja Lasak di FELDA. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    22. Wallace, J. M., Brown, T. N., Bachman, J. G. & Laveist, T. A. 2003. The influence of race and religion on abstinence from alcohol, cigarettes and marijuana among adolescents. Journal of Studies on Alcohol, 64(6), 843-848.
    23. Wallace, J.M., Yamaguchi, R., Bachman, J.G., O‟Malley, P.M., Schulenberg, J.E. & Johnston, L.D. 2007. The role of individual and contextual influences. Social Problems Journal, 54 (2), 308-327.