Meneroka konsep cinta dalam perkahwinan dalam kalangan melayu bandar yang akan berkahwin
List of Authors
  • Chong, Sheau Tsuey , Mohd Suhaimi Mohamad , Nasrudin Subhi , Sarah Waheeda Mohd Hafidz , Suzana Mohd Hoesni

Keyword
  • psikologi, cinta, perkahwinan, Melayu, bujang

Abstract
  • Perkahwinan berdasarkan cinta merupakan satu perkara yang lumrah dalam pemilihan pasangan pada zaman ini. Objektif artikel ini adalah untuk meneroka bagaimana orang Melayu bandar mempersepsi konsep cinta dalam perkahwinan. Rekabentuk kajian embedded nested design telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 245 individu Melayu Bandar yang menghadiri kursus kahwin wajib di sekitar Wilayah Persekutuan secara sukarela telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden telah dipilih secara kombinasi rawak mudah dan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan yang berkaitan latarbelakang diri dan perhubungan serta Skala Makna Subjektif Cinta dalam Perkahwinan (SMML1). Konsep cinta dalam perkahwinan telah dianalisis secara Principal Component Analysis (PCA) dengan menggunakan Teori Segitiga Cinta untuk mendapatkan elemen dan struktur cinta yang terkandung dalam SMML1. Jawapan bagi soalan terbuka telah dianalisis dengan mendapatkan tema berkaitan dengan konsep cinta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep cinta dalam perkahwinan diberikan definisi yang lebih memfokuskan kepada konteks kepercayaan dan nilai dalam perhubungan yang wujud dalam budaya Melayu bandar. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah untuk meneroka konsep cinta secara lebih mendalam menggunakan pendekatan kualitatif dan memfokuskan kepada kumpulan berkahwin bagi mengkayakan definisi cinta dalam perkahwinan. Implikasi kajian yang dicadangkan ialah teori cinta perlu dikhususkan kepada individu daripada kumpulan yang spesifik seperti budaya dan tahap perhubungan dalam memahami konsep cinta yang dikaji. Implikasi kajian yang dicadangkan ialah kepada praktikal dalam membantu profesyen menolong seperti kaunselor dan pekerja sosial yang mengendalikan isu yang melibatkan perhubungan perkahwinan dan juga pembinaan polisi dalam mengukuhkan institusi perkahwinan yang melibatkan kumpulan Melayu di Malaysia.

Reference
  • 1. Asmah, A. 1979. Pola perkahwinan pertama orang Melayu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, tahun 1970an: Satu analisis awal. Ilmu Alam, 8, 1-7.
    2. Assh, S.D. & Byers, E.S. 1996. Understanding the Co-Occurrence of Marital Distress and Depression in Women. Journal of Social and Personal Relationships, 13(4), 537-552.
    3. Bonds-Raacke, J.M., Bearden, E.S., Carriere, N.J., Anderson, E.M. & Nicks, S.D. 2001. Engaging distortions: Are we idealizing marriage? The Journal of Psychology, 135(2), 179-184.
    4. Coyne, J.C., Kahn, J. & Gotlieb, I.H. 1987. Depression, Family interaction and psychopathology: Theories, methods, and findings. New York: Plenum Press.
    5. Creswell, J.W. & Clark, V.L.P. 2008. The mixed methods reader. London: Sage publications. Crouter, A.C., Bumpus, M.E., Head, M.R. & McHale, S.M. 2001. Implications of Overwork and Overload for the Quality of Men's Family Relationships. Journal of Marriage & Family; 63(2), 404-417.
    6. Fehr, B. 1988. Prototype analysis of the concepts of love and commitment. Journal of Personality and Social Psychology, 4, 557-579.
    7. Horneffer, K.J. & Fincham, F.D. 1996 Attributional Models of Depression and Marital Distress.
    Personality and Social Psychology Bulletin, 22(7), 678-689.
    8. Ismail, R. 2004. Hubungan Kesulitan Ekonomi Dengan Kefungsian Keluarga, Hubungan Perkahwinan Dan Tingkah Laku Keibubapaan Etnik Rungus, Iranun Dan Melayu. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
    9. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2008). Statistik perceraian dan sebab-sebab perceraian di Malaysia.
    10. Jones, G.W. 1980. Trends in Marriage and Divorce in Peninsular Malaysia. Population Studies, 34, (2), 279-292.
    11. Jones, G.W. (1981). Malay Marriage and Divorce in Peninsular Malaysia: Three Decades of Change. Population and Development Review, 7 (2). 255-278.
    12. Jones, G.W. 1997. Modernization and Divorce: Contrasting Trends in Islamic Southeast Asia and the West. Population and Development Review, 23(1), 95-114.
    13. Kiecolt-Glaser, J.K., Malarkey,W.B., Chee, M., Newton, T., Cacioppo,J.T. Mao, H.Y. & Glaser, R. 1993. Negative behavior during marital conflict is associated with immunological down-regulation. Psychosomatic Medicine, 55(5), 395-409.
    14. Kling, Z. 1995. The Malay family: Beliefs and realities. Journal of Comparative Family Studies,26(1), 43-65.
    15. Low, S.M. & Stocker, C. 2005. Family functioning and children's adjustment: associations among parents' depressed mood, marital hostility, parent-child hostility, and children's adjustment. Journal of Family Psychology, 19(3), 394-403.
    16. Murray, L., Woolgar, M., Martins, C., Christaki, A., Hipwell, A. & Cooper, P. 2006 Conversations around homework: Links to parental mental health, family characteristics and child psychological functioning. British Journal of Developmental Psychology, 24(1), 125-149.
    17. Pallant, J. 2007. SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for Windows (Version 15). England: Open University Press.
    18. Roberts, B.W., Walton, K.E. & Bogg, T.R. 2005. Conscientiousness and Health Across the Life Course. Review of General Psychology, 9(2), Special issue: Positive Psychology. 156-168.
    19. Ruvolo, A.P. & Veroff, J. 1997. For better or for worse: Real-ideal discrepancies and the marital well-being of newlyweds. Journal of Social and Personal Relationships, 14, 223-242.
    20. Sternberg, R. J. 1986 A triangular theory of love. Psychological Review, 93, 119-135.
    21. Webster-Stratton, C. 1990. Stress: A Potential Disruptor of Parent Perceptions and Family Interactions. Journal of Clinical Child Psychology, 19 (4), 302-313.
    22. Yela, C. 1999. Temporal course of the basic components of love throughout relationships. Psychology in Spain, 2(1), 76-84.
    23. Yu, T., Pettit, G.S., Lansford, J.E., Dodge, K.A. & Bates, J.E. 2010. The Interactive Effects of Marital Conflict and Divorce on Parent – Adult Children's Relationships. Journal of Marriage & Family; 72 (2), 282-292.