Seseorang pendidik perlu menguasai pengetahuan isi kandungan pelajaran serta pengetahuan pedagogi mengajar dalam menghadapi dunia pendidikan yang sentiasa melalui perubahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman guru opsyen Matematik terhadap konsep pecahan di samping meneroka cara mereka melaksanakan pengajaran konsep pecahan kepada murid. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Kajian ini melibatkan dua orang guru opsyen Matematik daripada sebuah sekolah rendah kebangsaan dalam daerah Semporna, Sabah. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data ialah soalan bertulis, pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan kefahaman peserta terhadap topik pecahan adalah di peringkat sederhana. Mereka mampu menerangkan pecahan sebagai “sebahagian daripada satu keseluruhan†dan “pecahan adalah pembahagianâ€, namun tidak menjelaskan pecahan sebagai “sebahagian daripada satu kumpulan bendaâ€. Pengetahuan guru dalam konsep pecahan ini mempengaruhi pengajaran guru dan dapat dilihat menerusi pengajarannya di mana guru hanya menerangkan konsep “sebahagian daripada satu keseluruhan†dan “pecahan ialah pembahagian†melalui aktiviti melipat dan melorek kertas.