Menentukan Faktor Fizikal Dan Aspek Psikososial Pelajar Di Dalam Bilik Darjah: Mewujudkan Stardard Piawaian Di Sekolah
List of Authors
  • Vasanth Balan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang selesa dan kondusif dengan aspek psikososial adalah penting kepada pelajar supaya mereka dapat belajar dengan selesa serta meningkatkan pencapaian (Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman, & Lilia Halim, 2010). Pelbagai ketidakselesaan boleh mengganggu tumpuan pelajar dan menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Objektif kajian pertama ialah meneroka tahap pencahayaan dalam kelas berdasarkan kepada Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) dan keselesan pelajar dengan menggunakan instrument “Lux meter”. Objektif kajian kedua meneroka tahap psikososial pelajar dalam bilik darjah (kesepaduan, kesukaran, kepuasan, perselisihan dan persaingan) dengan menggunakan soal selidik “My Class Inventory” (MCI) menghasilkan satu stardard piawaian persekitaran bilik darjah (Fraser, B. J. 2012). Kajian ini secara kaedah gabungan ”mixed-method” dan kajianya tertumpu kepada pelajar Tahun 5 di sepuluh buah sekolah yang terletak di daerah Manjung, Sitiawan, Perak. Terdapat seramai 242 pelajar bagi keseluruhan kelas menjadikan sampel kajian. Hasil kajian ini diharapkan dapat menghasilkan piawaian dari segi faktor persekitaran dan aspek psikososial yang boleh dijadikan garis panduan untuk menyediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan kondusif kepada pelajar.


Reference
  • No Data Recorded