Cabaran Guru Menerapkan Semangat Patriotisme Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah
List of Authors
  • Ameza Musa, Anuar Ahmad

Keyword
  • Sejarah, cabaran, patriotisme, guru

Abstract
  • Patriotisme merupakan nilai teras dalam pembentukan jati diri murid serta pemupukan semangat cintakan negara. Guru memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai ini, khususnya melalui mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, guru menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha memperkasa dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan Generasi Z dan Generasi Alpha. Kertas konsep ini membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi guru dalam menerapkan semangat patriotisme kepada murid melalui mata pelajaran Sejarah, serta mengemukakan cadangan penyelesaian bagi mengatasi cabaran tersebut. Antara cabaran utama ialah kekangan masa, keutamaan terhadap penyampaian kandungan kurikulum Sejarah, dan penerapan semangat patriotisme yang sering dilakukan secara tidak langsung. Kepentingan kertas konsep ini adalah memberikan panduan kepada guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan, khususnya berkaitan penerapan semangat patriotisme. Dalam menghadapi cabaran ini, guru berperanan sebagai penggerak utama untuk membentuk generasi muda dengan semangat patriotisme yang kukuh. Oleh itu, tugas ini memerlukan pendekatan holistik yang berterusan, termasuk integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Secara keseluruhannya, kertas ini menegaskan pentingnya pendekatan holistik dalam mendidik murid agar memiliki semangat patriotisme yang mantap demi memastikan kelangsungan masa depan negara.

Reference
  • No Data Recorded