Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam Mata Pelajaran Matematik
List of Authors
  • Florengel Jerry, Khairul Azhar Jamaludin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (PBIK) adalah satu pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang memberikan penekanan kepada kemahiran abad ke-21. Keperluan untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dalam pembelajaran merupakan satu tuntutan pada masa kini. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran perlu diintegrasikan dalam amalan pengajaran guru. Teori yang boleh dikaitkan dengan PBIK ialah Teori Konstruktivisme Kognitif oleh Jean Piaget. Penguasaan kemahiran dan teknik profesional dari aspek teknik penyoalan, pengurusan kelas dan pentaksiran tahap pembelajaran murid adalah penting bagi seorang guru Matematik. Kertas konsep ini membincangkan pelaksanaan PBIK sebagai pembelajaran berpusat murid yang mampu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, kertas konsep ini turut mengemukakan pelbagai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan PBIK dalam mata pelajaran Matematik. Beberapa kajian lepas dianalisis secara mendalam untuk tujuan ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa pelaksanaan PBIK dalam mata pelajaran Matematik masih di tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, guru Matematik perlu diberikan sokongan dan bimbingan untuk terus konsisten mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) secara amnya dan PBIK khususnya dalam PdPC.

     


Reference
  • No Data Recorded